Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Mari Bikin Bintanok Jagung

Tahukah kamurang, urang Rungus ada ni satu jenis kuih yang sadap sehingga menjilat piring? Nah, ni hari walaupun panas terik tu matahari.. tapi hati sia baik juga. Jadi sia mau share lah kunun cara-cara bikin ni kuih yang dinamakan ‘Bintanok Jagung’.

Terlampau sinang bikin, sia tutup mata pun buli kenen bikin ni
(Perhatian: Keupayaan menutup mata ini adalah warisan keturunan. Jangan dicuba kalau teda skill)

bintanok
(Gambar dipinjam daripada Forever Tulip abis tamu Donggongon macam teda boh gia jual jagung sikarang
– ndak la dapat sia bikin)

Bahan-Bahan:

–  Jagung (jangan pakai yang tua, kio)
– Gula (secukup rasa. tapi sia suka yang organic ka boh)
– Kulit Jagung yang paling cantik
– Sedikit air
– Mangkuk
– Sinduk
– Dapur gas (kalau teda, pakai kompor pun ok)
– Tempat kasi kukus
– Yang untuk kasi parut

Cara Membuatnya:

1. Kasi parut tu jagung-jagung pakai yang besi untuk kasi parut kelapa tu. Kalau malas, pakai blender pun buli tapi rasa dia tidak sehebat yang manual parut.

2. Gaul sama gula & air.

3. Cuba try kalau manis ka tidak. Kalau manis, ok laitu. Kalau tidak manis, bah kasi tambah la bah gula. Ishh, itu pun mau di kestaw.

 

4. Masukkan bahan gaulan dalam kulit jagung yang tadi sia bilang kasi pilih yang cantik tu? Kemudian kasi lipat dia cantik-cantik supaya ndak terkeluar nanti sana lanjang.

5. Kukus 10 hingga 15 minit. Tinguk berapa kuat api kau lah.

Hasilnya cenggini….

bintanok2
(sia pinjam lagi ni gambar dari si Forever Tulip. pandai mangkali dia ni memasak oh kan??)

NAHHHHH KANNNN!!! Sadap ni tau!! Kau cuba dulu, mesti kau mau buat lagi.

PikaBoo

Dengan memiliki kuasa untuk menjadikan semua benda-benda yang dia sentuh jadi pink dan kiut, kehebatan dia ni memang tidak buli kita buat ndak tau saja. Rajin makan Kodundung

8 Comments
  1. Avatar
  2. PikaBoo
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *