Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Macam Mana Mau Kenal Urang Sabah

Balik Sekolah Sabah Stail
Balik Sekolah Sabah Stail

Dulu sia kerja di KL, kalau sia pigi pasar malam la kenen.. paling selalu kana cakap bahasa Cina bila sia beli barang. Kalau sia bilang sia bukan Cina, mesti trus kana tanya, “Lu olang apa, moi?” Kadang-kadang, ada juga yang tanya kalau sia ni orang Tagalog. (mangkali sia ada iras Kristin Hermosa baini :P)

Jadi apa sia mau cakap di sini ialah, kita urang Sabah ni selalu urang luar ndak kanal, padahal senangnya bah dikenalpasti ni. Mari sia kastaw macam mana…

 

 

 

01. Cakap Mesti Ada ‘Bah’

Ini yang paaaaaaling ketara! Kalau tu urg sudah bercakap ada “bah” tapi kau masih ndak tau dia urang mana.. sia ndak tau lah. Tapi harus ingat, ‘bah’ ada banyak maksud.
“Bah, bila lagi kau mau kahwin?”
“Buli bah!”
“Pigi bah kau beli KFC..”

 

02. Tunjuk Arah Pakai Mulut

Yang ni sia rasa, semua urang Sabah pernah buat. Cuba dii kau tanya urang dalam opis, “Anu, mana gia tu stapler?” Mesti tu urang kasi muncung mulut dia ke arah tu stapler sambil cakap “tuuuna!” Harus di ambil perhatian. Semakin jauh jarak tu barang, makin panjang tu mulut dan ayat “tuuuuuuuuuuuuuna”!

 

03. Suka Cakap Anu

Kalau urang Sabah bercakap pasal sesuatu tapi dia lupa apa nama itu orang/barang, mesti otomatik kana ganti pigi “anu”.

Contoh penggunaan:

Si Makisa: “Baby, cuba gia kau call si anu. Kestaw dia yang sia mau pinjam anu dia bah.”
Si Baby: “Ai, sudah balik ka dia? Dia pi anu bah tu ari kan??”

 

04. Makan apa saja pun mau minta sup

Sebab di Sabah memang semua ada sup bah kena bagi! Ini kalau yang memang lama sudah di Sabah kemudian datang KL memang kasian lah dua tiga bulan macam saya. Kalau di Sabah mee guring pun dia kasi sup. Di KL mana ada begitu. Kadang-kadang nasi ayam yang sepatutnya ada sup dia paksa jak kau makan nasi teda sup. Adui.

Teda pun sup?
Teda pun sup?

 

05. Penggunaan SSSSSHHHHHTTT Di Kedai-Kedai Makan

Ini lagi la yang paling ketara (dan bida oh sia rasa). Kalau mau order makan di kadai, misti dia panggil urang “SSHHHHHHTT!!!” Lepas makan, mau panggil bayar pun dia panggil juga, “SSSSHHHHTT!!”. Cuba boh gia jangan pakai “SSSSSHHHTTT!” Tidak manis betul di pandang. Tapi okay juga la sia tinguk. Macam makin ramai yang pandai suda cakap Cina kalau mau bayar. “MAITAN!” ka boh. Ha ha

 

06. Panggilan Mesra Untuk Perempuan Adalah “Amoi” atau “Mandak”

“Moi, berapa satu kilo ni?” <– ini kalau kau yakin tu perempuan mesra alam
“Mandak, kanou moi akan?” <– ini selalunya digunakan untuk bercakap sama gadis-gadis KadazanDusun
“OI, mana mi guring sia??!!” <– kau paham laini

Tapi sia perna dingar ada urang mengurat di CP. “Mandak, sia belanja kau nasi ayam lah” buah ha ha ha ha!

07. Semua Orang Boss

Kalau perempuan di panggil “Amoi” atau “Mandak”, lelaki pula jadi “Boss”. sexist.
“Boss, kau punya kereta bisuk baru siap.”
“Boss, ini hari buli hantar gas pi rumah sia ka?”
Kalau tidak percaya, pigi la kau kadai-kadai tanya barang kunun. Itu tauke panggil kau boss tau!

 

08. Suka Suruh Urang Ikut Tu Jalan Lurus Saja

Paling standard punya jawapan kalau kau tanya urang Sabah mana rumah si anu. “Gaman, mana gia rumah si Prancis?” “Oh, kau jalan lurus saja ikut ini. Yang hujung laitu rumah dia.” Ingat tu, kau lurus saja jalan. 😛

 

09. Pandai Membezakan Jarak Jauh Pakai Ayat Saja

Urang Sabah kalau dia bilang “Saaaaaaana”, ertinya tidak berapa jauh tu. Tapi kalau dia bilang “Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaana!”… bagus kau ambil teksi lah…

Sanaaaaaa Ranau
Sanaaaaaa Ranau

 

10. Kuat Nyanyi + Karaoke


Mimang confirm lah. Mana-mana kau pigi di Malaysia ni, macam karaoookeee seja kerja urang Sabah ni. Nyaanyi saja. Tapi indak juga manang-manang pertandingan realiti show. Kenapa ah?? Mungkin sebab tiada nilai komersil kali tu tinggi. Tapi bagus lagi nyanyi kan sebab kalau yang meginum tu biasanya menyanyi jak. Bagus lagi nyanyi hepi-hepi dari emo-emo mabuk maugantung diri ka apa ka.

 

Walau macam mana pun, saya tidak pun menyesal bah jadi Sabahan. Ini bukan mengutuk tapi meng ’embrace’ kita punya ke ‘specialan’. Ayuh Sabah kita keluar dari Mala Malas. Keluar dari Kemalasan bah maksud saya!!

PikaBoo

Dengan memiliki kuasa untuk menjadikan semua benda-benda yang dia sentuh jadi pink dan kiut, kehebatan dia ni memang tidak buli kita buat ndak tau saja. Rajin makan Kodundung

117 Comments
  1. Avatar
    • Kay Kastum
    • PikaBoo
      • Avatar
        • Kay Kastum
    • Avatar
  2. Avatar
    • Kay Kastum
    • PikaBoo
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
    • Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
    • Kay Kastum
    • PikaBoo
  8. Avatar
  9. Avatar
    • Kay Kastum
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
    • Kay Kastum
    • PikaBoo
    • Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
  17. Avatar
  18. Avatar
  19. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
    • Avatar
  20. Avatar
  21. Avatar
    • Avatar
  22. Avatar
  23. Avatar
  24. Avatar
  25. Avatar
  26. Avatar
  27. Avatar
  28. Avatar
  29. Avatar
  30. Avatar
  31. Avatar
  32. Avatar
  33. Avatar
  34. Avatar
  35. Avatar
  36. Avatar
  37. PikaBoo
  38. Avatar
  39. Avatar
  40. Avatar
  41. Avatar
  42. Avatar
  43. Avatar
  44. Avatar
  45. Avatar
  46. Avatar
  47. Avatar
  48. Avatar
  49. Avatar
  50. Avatar
  51. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
  52. Avatar
  53. Avatar
  54. Avatar
  55. Avatar
  56. Avatar
  57. Avatar
  58. Avatar
  59. Avatar
  60. Avatar
  61. Avatar
  62. Avatar
  63. Avatar
  64. Avatar
  65. Avatar
  66. Avatar
  67. Avatar
  68. Avatar
  69. Avatar
    • Kay Kastum
  70. Avatar
  71. Avatar
  72. Avatar
  73. Avatar
  74. Avatar
  75. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *