Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Kau pernah pigi Kunak?

Mostyn Estate Kunak Home
Rumah Syarikat di Mostyn Estate

 

Bagi kamurang yang memang orang Sabah atau pernah pigi Sabah, saya rasa kamurang setuju juga kalau aku cakap Sabah ni rata-rata masih lagi buli nampak dia punya suasana Flora dan Fauna. Masih banyak lagi tempat yang buli kita pigi dan terokai sebagai pelancong atau pandai-pandai cari jalan baru dari Ranau tembus pigi Kudat. Dari gunung-ganang sampai lah ke lembah-lembah memang ndak habis lagi ni Sabah kita buli jalan dan try tempat-tempat baru di ‘Negeri Di Bawah Bayu ini’. Kalau saya sebut Kota Kinabalu, KK, Sandakan, Tawau malah Kudat pasti biasa dingar kan? Tapi pernah ah kau dingar nama Kunak? Kalau kau pernah dingar dan tau syabas! Kalau ndak, teruskan baca.

Blog ini merupakan ‘terjemahan’ daripada original nya di sini

view-from-my-house-in-kunak-sabah
Pandangan dari dalam rumah – klik lah
Peluru
No komen!

 

 

Ramai kawan saya terutama yang tinggal di Kuala Lumpur kompom dorang akan anggap saya maksudkan Kudat bila ku sebut Kunak. Itupun ada yang ndak tau langsung apa barang itu Kudat. Kalau tinguk tu peta sama tinguk kedudukan dia di Sabah, Kunak ni berada di kawasan pantai timur Sabah. Ya saya pernah tinggal di Kunak sebab bapaku dapat kerja di Brumas camp Tawau lepas selang beberapa tahun ke Kunak sudah kami semua. Last sekali di Kunak bapaku attached sama Mostyn Estate yang dulu under Commonwealth Development Corporation (CDC) lepas tu kena beli oleh Golden Hope Plantation dan betukar tangan last sekali sama Sime Darby Bhd.

Prubsn_takaful_quotation

Tu musim saya stay di Kunak masa cuti sekolah atau hujung minggu jak. Aku tinggal di Tawau sebab bersekolah di sana. Jarak antara Tawau sama Kunak lebih kurang 83 km. Jadi ada apalah kunun di Kunak ni?……. Ui, Best bah kehidupan di sini!

Si Jaipong
Si Jai kawan Bugis ku

Dari saya punya analisis secara kasar, aku rasa populasi Tawau ni paling ramai Bugis dan Bajau? Itu anggapan jak. Ndak tau lah kalau cek sama Jabatan Perangkaan Malaysia. (Nanti ku update kalau jumpa info nya. ) Orang KadzanDusun pun ramai juga sini. Yang saya pernah kena cerita, atas usaha Tun Fuad Stephens beberapa family dari sebelah Barat Laut? dibawa untuk program di mana dorang buka tanah dan kasi usaha tu tanah di sini. Ini pun saya tiada info yang kukuh. Yang kasi cerita saya tu pun ku sudah lupa namanya. Tapi memang ada kampung di sini nama dia ‘Kampung Kadazan’ di mana memang dorang ni pengusaha tanah sendiri melalui agrikultur. Tapi memang sawit jak lah kebanyakan. Tinggal pun dakat-daat jak semua. Bangsa lain ada Cina, ‘Orang Timur’ (asal Irian Jaya Indonesia), Suluk, Cocos sama urang Tidungs juga dan lain-lain lagi bangsa. Orang Cocos pun ada sejarah yang menarik. Dorang punya keturunan berasal dari kepulauan Cocos (Keeling) sekarang dibawah jagaan kerajaan Australia.

First Selfie 2008
Original Selfie 2008 – Ladang Mostyn

Agrikultur (ngam kah ni?) merupakan kegiatan bisnis utama di Kunak dan paling besar ialah industri Sawit. Ini crude palm oil (CPO) dia panggil kemudian kena ekspot sama negara macam Jipun dan juga sebahagian untuk market Malaysia. Itu musim koko juga industri kedua terbesar di Kunak. Ndak tau sekarang lah kalau dorang tiba-tiba mau kasi fokus berabis sawit dan putung semua koko. (saya paling suka koko minuman Tawau Hoko!) Ko pernah try makan koko? Alaa rugi kau!

Kunak ni letaknya di tepi lautan biru. Ya biru bah. Sektor perikanan pun salah satu industri dorang yang penting juga. Ikan segar bah kalau di sini! Paling siuk kalau pigi pasar ikan nya memang siring jetty jak. Harga pun paling berpatutan. Kalau kau sempat bila datang Kunak ko mesti pigi ni restoran! Fook Seng Restaurant atau Vui Kee. They are the best in town my friend! Satu lagi info,  kalau kamu memang tidak makan babi, Vui Kee ialah kedai ‘Pork Free’ maksud dia tidak masak babi (bukan babi free). Kunak pun ada gelaran Pekan Koboi mungkin sebab pekan dia kecil dan kedai rapat-rapat. Tapi sekarang Kunak sudah pesat membangun jadi mungkin ndak ngam sudah tu gelaran

Canopy Walk, Madai
Canopy Walk, Madai

Di Kunak ni ada lah satu atau dia hotel. Kadang ramai juga yang bekumpul time gajian beberapa tempat tu. Mungkin keluar dari ladang shopping lepas tu tidur hotel saja lah kali.. 😀 Ada juga rest house kerajaan yang saya rasa buli di sewa juga? Antah la itu mau di dobol cek.

Tempat yang best di Kunak kau mesti pigi ialah air terjun Madai! Kurang dari 1 KM jak dari pekan Kunak. Air terjun setinggi 40 meter ni memang hebat dan anggun dan memukau perasaan apa lagi kalau time bukan kemarau. Ini area ni di selenggara oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan ko kena bayar lah untuk masuk.Harga? Lupa sudah. Kalau mau sampai area air terjun memang ada tangga juga turun. Ko buli berenang ka mandi ka juga kalau ko mau. Lepas tu ada lagi canopy walk dia. ui siuk! Buli juga nampak hidupan liar kadang-kadang masa kau jalan-jalan canopy walk nya.

Pokoknya Besar
Pokoknya Besar
Madai Falls
Air Terjun Madai

 

 

 

 

 

 

 

Satu lagi tempat kau mesti pigi ialah Gua Madai! Dia ni ndak jauh dari jalan besar saja dan kamu buli juga pigi selepas melawat air terjun tadi. Gua Madai juga meruapakan tempat kediaman tu burung Walit / Layang-Layang atau nama English nya ‘swiftlets’ debilang.

Kau tau bah macam mana burung layang-layang bikin sarang nya kan? Pakai air liur.. eww ha ha tapi ni air liur emas tau!. Produk asli ni memang mendapat pasaran tinggi di luar. Biasanya kena ekspot dan juga untuk jualan tempatan. Dia ada dua produk, yang bersih sama yang kutur. Kutur maksudnya yang belum kana bersih lah. Langsung di kutip punya, Apa di bikin? Besa kasi jadi sup la. Sup sarang burung (macam lucu kan) Imajin lah sup sarang semut. Harga di pasaran kalau yang kutur punya antara 1200-1500 satu kilo ni. Sarang nya di kutip 2 kali satu tahun. Kalau kau pikir kau pun mau join pigi pungut mau jual minta maap saja lah. Urang Idaan family saja yang di bagi kebenaran pungut hasil sini dan bergilir-gilir (yang saya kena bagi tau) dan dipaham kan macam beratus tahun sudah dorang buat.

madai-caves-background
Gua Madai sana belakang

Kalau kamu plan mau lawat tu Gua Madai, bagus try bawa guide / kawan yang memang biasa juga. Pernah juga dingar khabar angin cakap ada perempuan urang putih kena anu di dalam gua oleh orang masa di (dua urang dorang?) masuk. Tapi saya tidak dapat sah kan khabar angin ni. Nama pun sudah khabar angin tapi ‘better be safe then sorry’, ambil jak guide yang biasanya ada di sana.

Bila sampai sana jak, macam mau minta kebenaran urang tua di kampung sana. (Ndak tau la sekarang kalau ada counter khas beli tikit ka apa ka) Bila sampai sana banyak yang akan mengoffer service jadi guide tu. Dari kau saja lah.

Apa lagi yang menarik di Kunak?  Ada Hotspring juga di sini! Sana Sungang Estate. Lihing pun ada di Kunak bah. Kau cari saja Puan Catherine Makansang punya buatan bilang, saaana Kampung Kadazan. Montoku dia lagi hebat! (Montoku is a local alcohol brew made from fermented rice)

Tempat Masuk Gua Madai
Tempat Masuk Gua Madai

Ko tau kah Madai ni juga ada tapak arkeologikal yang mana dorang ada jumpa tamadun manusia awal? Seawal 15,000 tahun yang lepas oh! Cool kan?

KK

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

46 Comments
  1. PikaBoo
    • KK
    • KK
    • PikaBoo
    • PikaBoo
    • KK
    • KK
    • KK
    • KK
    • KK
    • KK

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *