Ke sini kau bah juga

Ketua Menteri Sabah Yang Mungkin Kamu Ndak Pernah Dingar

Old Jesselton

Sejarah dan Masyarakat

Ketua Menteri Sabah Yang Mungkin Kamu Ndak Pernah Dingar

Peter Lo Sui Yin second Sabah Chief Minsiter

Ketua Menteri Sabah ke-2, Peter Lo Sui Yin

Ketua Menteri Sabah yang pertama rasa-rasanya semua kita bulih jawap. “Tun Fuad Stephens!” kalau dalam dewan mesti gemuruh. Tapi pernah kamu dingar nama ini kah? “Peter Lo” atau nama penuh beliau Peter Lo Sui Yin. Sebenarnya saya pun tidak pernah. Saya baru dapat tau bila masa party-party kawin di rumah ipar ku time siurang cerita-cerita pasal bunga dan sayur. Kami punya topik beralih pula kepada pasal ketua-ketua menteri Sabah. Semua saya buli ingat tapi ndak pulak ku pernah dingar nama Peter Lo ni.

Peter Lo Tan Sri Datuk Peter Lo Sui Yin ni rupanya Ketua Menteri Sabah yang kedua. Lahir pada 19 May 1923

Peter Lo Sui Yin_2007

Peter Lo Sui Yin 2007

di Sandakan, beliau merupakan anak keturunan Hakka dan masuk upis menjadi Ketua Menteri Sabah yang kedua pada 1 January 1965 dan memegang jawatan dia sampai lah 12 May 1967. Dia punya parti tu musim ialah Sabah Chinese Association (SCA) Berabis juga saya cari info pasal sumbangan beliau atau apa-apa info penulisan atau interview ka pasal dia. Macam tiada jak nih. Kenapa?

Kalau kamurang ada info, komen saja di bawah atau kuntik jak kami dengan mengetik tu ‘Kuntik’ di atas.

Update: Ada satu pulak berita ku jumpa pasal dia itu pun pasal dia antara penerima ‘Anugerah Penjana Perpaduan’. Ntah apa tu. Macam blog Utusan / Umno jak ni. Berita dia bertarikh 13/05/2007. Tinguk gambar di kanan ni (tapi kau nampak sudah sebelum habis baca ni) Ini link dia setakat ni masih up lagi lah

 

 

 

 

Info: Wiki Photo Credit: Ashiqeed & Utusan / Umno Blog?

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Dengan memiliki kuasa untuk menjadikan semua benda-benda yang dia sentuh jadi pink dan kiut, kehebatan dia ni memang tidak buli kita buat ndak tau saja. Rajin makan Kodundung.

2 yang mengomen

2 Comments

  1. A.Edward

    28/02/2015 at 11:28 AM

    Was appointed as 2nd CM inorder to cool of political tension at our state due to difference of opinion and styles of approach between two political heavywieght at that time on handling the Singapore separation issue at the time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Sejarah dan Masyarakat


Advertisement

FEMES SINI


Balik