Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Kedai Kopi Lotus Jalan Damai mimang siuk!

Kalau kau urang KK dan belum lagi pernah dingar ini tempat nama Kedai Kopi Lotus memang kau termiss satu tempat makan best oh! Tempat nya di siring-siring corner dekat sama bulatan saja tu. Sana jalan Damai jak dekat tu Damai Specialist Center. Ndak juga pemandangan terbaik lah tapi kalau pasal makanan, memang banyak yang positif buli kita cakap pasal ni tempat dan harga berpatutan.

Tidak dijamin halal

Lotus Entrance
Ruang depan, foursquare pic, Sabah D

 

Walaupun tempat tidak besar tapi kalau pasal variety makanan memang banyak. Semua pun best-best. Kalau yang minat porky stuff atau babi-babi gitu ah mimang happy la kau. Sini ada jual sate babi. Sate babi nya dimasak dengan adunan sempurna dan bagian lemak tu macam ter ‘caramelized’ kepada tahap yang optimum sampai kalau kau balik rumah macam temimpi-mimpi dan jilat-jilat bibir awal pagi. Kenapa? Sebab bila kau gigit dia ada sedikit rasa rangup tapi trus cair tu lemak dia. Nisbah lemak+daging dia pun perfect ni. (kruk..kruk sdah perut sekaranag)

sate babi sabah
Sate Babi

 

Selain tu, yang famous sini juga ialah tu sayap ayam si Melvic. Rasa dia memang unik dan ‘pelvic’ kau pun akan beguyang kesiukan makan ni barang. Bukan macam ayam panggang yang kita buat sendiri di rumah. Yang ini tidak kering dan tahap kelembapan sama kekenyalan dia tepat sama rasa dia sampai jauh kedalam tulang ayam. Paling best yang tinggalan-tinggalan di jari kau isap-isap. Haish… punay siuk. Biasanya kalau makan 3 saja ndak cukup tu.

Ayam Panggang Melvic
Ayam Panggang Melvic

 

Dia punya pari panggang di sini pun number 1! Kalau yang kamurang pernah pigi KL biasa femes sana tu ‘Portuguese Grill’ ka apa tu. Tapi yang pari sini Kedai Kopi Lotus macam lebih menarik rasa dia. Flavor dia cukup sama kesegaran dia lebih ketara. Biasa kalau mau bawa kawan-kawan Semenanjung makan ni barang semua setuju ini yang paling best dorang pernah makan selama dorang hidup di bumi. Kena lagi sama beer.. aduiiii keluar bah air mata gembira… betul!!

Pari Panggang Lotus
Pari Panggang Lotus

 

Sini pun ada juga jual tu ‘Wo Tek’. Actually dia macam Won Ton la dumpling gitu. Ini pun memang sedap berabis. Siurang tinguk memang non-stop order dan banyak yang tapau dan menunggu-nunggu. Siuk sebab dia freshly made on the spot sama inti dalam dia (babi) yang kena adun sama rempah yang enak dan biasanya kalau kau tinguk urang yang buat gumuk-gumuk dan aunty-aunty lagi, kau pun macam rasa tu makanan ada ‘home cook’ punya feel.

Wo Tek Damai
Dumpling a.k.a Wo Tek

 

Selain tu, ada juga sate ayam sama daging (pork free) dijual sini. Kalau mau order guring-guring pun ada. Dia punya masakan pun memang hebat. Sedap semua kalau kau order. Siurang rekomen kau order tu mee guring kering! Punya sadap! Kalau kau kuat makan kau akan happy sebab dia punya portion makanan besar! Kalau ndak kuat makan share saja satu piring. Sambil makan-makan biasanya kau akan nampak tu Doktor-doktor dari hospital berdekatan makan sini juga dan mostly macam order sate babi juga sama beer. Ya beer… haus!

Kau pernah pigi sini? Mana satu favorite kau?

Google Map
Peta Kedai Kopi Lotus Damai
Bermulanya di sini

  • Tahap Kesiukan Kami
5

Summary

Banyak choice sama semua gerai sedap makanan dia dan ada ciri istimewa sendiri. Ada babi sama beer sajuk!

Sending
User Review
4 (1 vote)

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

6 Comments
  1. PikaBoo
  2. Avatar
  3. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *