Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Carta Lagu-Lagu Pilihan Orang Sedih Masa Valentine’s Day

Siurang di Majalah Online Sabah Stail juga paham ada ramai yang akan sambut Valentine hari anam ni dengan perasaan geram, benci atau lapar. Tapi kita urang Sabah sentiasa paham dengan muzik. Sebab muzik lah yang akan menenangkan utak kita masa mau hadapi UPSR atau KBSR atau pun time kena tinggal cewek masa perkhemahan pengakap sebab ada urang putih dari khemah lain datang kacau daun. Jadi, kalau kau keseorangan masa Valentine’s day nanti, ini senarai lagu untuk kamu ya. Sabar saja lah, mungkin lepas tahun baru Cina nasip mu berubah lepas main lap-lap fu atau 21

Lagu Sedih Vaelentine Ku

 

1) Dimana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)

Sedih gila ni dia punya starting pun kau tau sudah betapa berat nya hati si penyayi. Ya lah macam mana mau cari pengganti apa lagi kalau Boipren kau ada tai lalat di bibir?? Mana mau cari lagi yang sama..?? Tidaaaaaaaaakkkkkkk

2) I need you now (Fire House)

Kalau kau Sabahan dan kau ndak tau ni lagu.. ndak tau la apa mau cakap. (kah saya yang tua ni?) Ko dingar saja ni lagu kau akan rasa macam mo keluar air mata bah teringat kan kekasih mu dirampas… adui.. sedihnya dingarlah

3) Tiada Lagi Kidung Mu (Lefthanded)

Aduiiii baru list numbur tiga berlinangan sudah air mataku!!! Habis sudah tisu di rumah lagi ni… aaaaaahhh lirik dia ni bikin mengimbas kemballi cewek-cewek lama.. adui aku menundukkan kepala ku di mija dulu.. sambil dingar ni lagu

4) I Don’t Like To Sleep Alone (Paul Anka)

Ni lagi la sedih. Sudah lama tinggal (ehem) bejiran, sekarang terpaksa tidur sendirian lepas dia pindah atau lari dari rumah. Bagun pagi-pagi bantal peluk jak ada lepas tu minum kupi pahit pun ndak rasa sudah, mandi pun macam ndak basah. Lagu ni sesuai sekali

5) Always On My Mind (Elvis Presley)

Ni lagu yang mengisahkan si pasangan macam rasa bersalah dalam perhubungan itu. Mungkinkah dia tidak menyayanginya dengan sepenuh nya? Ada kah mugkin sebab Milo yang dia buat tu rupanya selama ini tidak secukup rasa?? Mungkinkah?? Sekarang tinggal kenangan jak.. Oh…. Kau sentiasa di hati, selamanyaaaaaah!!

6) Hati Yang Luka (Betharia Sonatha)

Aduiiiii…. banjir sudah ni keyboard kuuuu!! Ni lah lagu yang membawa kenangan masa pigi urang kawin di tahun 1989 di mana si dia akhirnya menjumpai seorang pria yang lebih tampan dari aku. Lagu ini dinyanyikan oleh band ngam-ngam masa dia cakap, kau jelek bah! Ndak lah ku mau kau sudah! (Kisah yang mungkin berlaku)

7) Anak Kampung (Jimmy Palikat) – Versi Kay Kastum

Lagu Tanak Kampung ni sebenarnya lagu sedih kau tau kah? Just because beatnya kau buli Sumazau berabis, tidak bermakna isi hati si penyanyi tidak ada perasaan sedih yang membelenggu jiwa dia. Punca dia adalah pangkat dan darjat. Si dia (wanita) lebih kaya dan si lelaki kuli-kuli saja jadi dia rasa dia tidak worth it (padahal ada hati juga, mo pakai skill minta kasian, low self-esteem) ha ha eh mana buli ketawa, Valentine sedih bah ni..

8) Sandiwara Cinta (Republik) – Versi Tukang Batu

Ni lagu macam hubungan satu hala jak atau pun yang kepura-puraan. Ko pernah? Dia cakap dia sayang kau, tapi bila kau pigang tangan dia deppan urang yang kau suspek dia ada hubungan intim, dia pura-pura kurik idung la, cari pen lah macam-macam lah! Bila tanya cakap teda apa-apa.. kita mau dia jujur bah itu saja!!! Usah dipermainkan perasaan ku. Kau tinguk, sekarang Valentine sudah mana dia? Mesti dia cakap dia kena kerja overtime… padahal sana dia sama si anu.. mo mati pikir hidup begini jo..

9) Love Me Somebody (Bad Company)

Ini memang mengakun sudah. Minta di cintai. Sekurang-kurang nya ni lagu jujur lah. Tiada tapuk-tapuk atau pakai bahasa kiasan banyak. Teda urang mau sayang kau time Valentine’s day? Anduuu bah… ko dingar lah ni lagu balik-balik

10) Isteri Ku Kawin Lagi (Jaidi Arifin)

Ini sia rasa kategori paling sedih lah. Lelaki kawin lagi memang macam kita akun la juga. Tapi bini kawin lagi adui.. sudah lah kena tidur di sofa saturang apa lagi kalau rumah di Bundu Tuhan ka.. bikin nangis juga oh begini. Kasian bah surat cerai masih lagi kena pigang ketua kampung. Kalau ada kamu yang begini, kau kasi kuat seja hati ah. Kalau tidak pun bagus kau pigi cuci cadar free ada juga peluang jumpa urang baru ka masa Valentine’s Day…

Kau pun single kah masa Valentine’s Day? Apalah lagu pilihan sedih kau?

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

2 Comments
  1. AJ
  2. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *