Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Sabahan bah ni! : Carlos Benny Majakil, mari sia tatoo kau

Kau ada tattoo?

Sabahan bah ni! Urang Sabah ramai bah yang merantau. Mari kita kenal serba-sedikit tentang kerjaya atau falsafah hidup orang-orang Sabah yang berada di merata dunia. Untuk segmen urang kita ni kali, mari start sama si Carlos. Ini kami mau kasi kenal kamu seorang warga Sabah yang kerjaya dia adalah sebagai ‘Tattoo Artist’ di KL. Dia sudah menatoo macam-macam urang. Artis-artis, doktor, peguam, orang-orang korporat, cikgu-cikgu, nurse, pekerja buruh, security guard, CEO dan macam-macam lagi. So jangan sangka orang ada tattoo ni urang jahat. Urang zaman purba pun memang sudah ada tattoo. Mungkin untuk tujuan ritual, sebagai tanda akil balikh, identiti suku kaum atau pun tanda keberanian. Ada juga kaitan geng-geng (kalau dulu). Tapi sekarang semakin berkembang lebih kepada ekspresi seni. Betul kah?

Carlos Benny Sabahan Tattoo

1. Apa bah nama penuh kau ni?

Carlos Benny Majakil

 

2. Sabahan banyak bangsa. Kau bangsa apa?

kadazan

 

3. Lahir di mana?

di sabah la mana lagi…

Carlos Benny Orang Sabah Tattoo

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa?

1983

 

5. Apa kerja pertama kau yang bergaji?

susun papan, kilang papan UNP jalan kimanis, papar.

 

6. Apa bah dipanggil jenis profesion kau ni?

sama mcm si ampal

Editor: Antah apa bah dia jawap macam ni

7. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni?

time tu saya umur 12, kawan saya ni yg gila mau minta puji suruh saya buat tattoo di badan dia. nama dia si jonathan gomic. sampai ni hari tu tattoo dia masih bida lagi. malu juga la saya kalau dia tunjuk 🙂 lepas tu pandai la ada kawan kawan yg lain minta bikin tattoo, siap mau bayar lagi. so ni kira jadi part time side income la untuk saya. then time habis college sa try coperate world di kuala lumpur tapi saya rasa tida ngam and boring tingu computer saja hari hari and at d same time pun saya masi buat tattoo bila ada free time. so lepas tu saya decide untuk try ni tattoo industry seriously. sampai la ni hari, best pula bah 🙂

Orang Sabah Tattoo

8. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yg telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu?

saya selalu tanya diri saya sendiri. malas sa mau tiru org lain. yang penting kau yakin ja bah.

 

9. Pencapaian peribadi atau pun publik yang kamu amat gembira dan berpuas hati setakat ini

kamu pernah dengar ni brand Koiyak Gloves ka? ahh dia la tu..

 

10. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam bidang ni?

bangun awal pagi 😛

 

11. Kerja begini dapat jumpa ramai sumandak ka?

YA | TIDAK | RAHSIA 

 

12. Kalau pigi Karaoke apa kau lagu yang pertama selalu?

jemu-may

 

13. Kalau ada peluang jumpa list “Public Figure” di bawah, siapa kau mau jumpa dan kenapa?

Daphne Iking

Datuk Jeffrey Kitingan

Ampal ✓

Amber Chia

Masidi Manjun

 

Kenapa kau pilih dia?

saya mau tanya dia, butul ka dia ada piara penyu di belakang rumah dia?

 

Hong Kong Tattoo Convention
Hong Kong Tattoo Convention 2014

14. Apa nasihat kau kepada mana-mana orang Sabah yang mau menceburi apa yang kau buat sekarang ni?

‘kalau kamu malas, bagus mimpi saja la”. apa pun mesti mau start dari bawah. sebab itu cara yang paling best untuk tapau your own craft. pakai dan tukar gloves selalu untuk kebersihan. lepas pinjam jangan lupa kasi balik. kuat sembahyang

 

Instagram : carlosmajakil

Kalau kau rasa ada mana-mana Orang Sabah yang patut di beri perhatian di majalah online kita ni, jangan malu kuntik kami ah. Nanti dia balik kampung tiada internet susah mau atur nanti

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

18 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Kay Kastum
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
    • Kay Kastum
      • Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *