Ke sini kau bah juga

Blogger Menjenamakan Blog: 5 Perkara Asas Ini Mesti Ada

5 Perkara Asas Untuk Blogger Menjenamakan Blog

Ko Tau Kah?

Blogger Menjenamakan Blog: 5 Perkara Asas Ini Mesti Ada

Saya terfikir-fikir untuk menjenamakan blog saya supaya dikenali oleh semua blogger di Malaysia. Saya sedar yang mempunyai keinginan yang kuat saja tidak mampu untuk menjadikan impian saya ini menjadi satu kenyataan.

Demi untuk menjenamakan blog saya, saya bereksperimen sendiri dengan melawat sekurang-kurangnya 1 website setiap hari. Dan saya cuba merasai perkara-perkara yang membuatkan sesebuah blog itu menarik untuk diingati.

Selepas merasai pengalaman melawat 100 website, saya dapati kebanyakan website yang mempunyai 5 perkara asas ini membuatkan saya tidak dapat melupakan blog mereka walaupun selepas 30 hari.

Pengalaman ini membuatkan saya tetap melawat blog mereka sekurang-kurangnya 1 bulan sekali. Setiap kali saya melawat, perasaan untuk melakukan yang terbaik itu semakin kukuh dalam diri saya.

5 Perkara Asas Untuk Blogger Menjenamakan Blog

Blog terbaik yang saya maksudkan itu ialah Daniel Ally dan Neil Patel. Dari blog mereka ini, saya belajar 5 perkara asas yang perlu ada secara tetap untuk menjenamakan sesebuah blog.

Asas Untuk Blogger Menjenamakan Blog

Apakah 5 perkara asas itu? Inilah 5 perkara asas untuk blogger menjenamakan blog mereka;

1. Jenis Font Yang Tetap

Your logo design, business card design, brand messaging, brand colors, and brand fonts all have to come together to tell the story of your brand. – Venngage

Font yang saya gunakan di blog saya memberikan saya perasaan yang positif. Disebabkan itulah, saya menetapkan font Montserrat sebagai font utama bagi semua perkataan yang ada di blog saya.

Mungkin ada yang selesa dengan font Arial, Cambria, atau Times New Roman. Saya cadangkan kau gunalah font yang disukai supaya kau merasa positif dengan blog kau.

Apabila kau merasa positif dengan blog kau, gaya penulisan kau pun akan bersifat positif. Kau akan menulis dengan penuh perasaan yang bersungguh-sungguh.

Kesannya, pembaca yang merasakan aura positif dalam penulisan kau akan kembali semula pada masa akan datang. Itulah yang pertama, tetapkan font yang membuatkan kau merasa positif.

2. Warna Utama Yang Tetap

Saya menggunakan warna hijau sebagai warna utama blog saya supaya diingati oleh pembaca ketika melihat pokok-pokok disekililing mereka. Dari segi psikologi, warna hijau melambangkan pertumbuhan dan kesihatan.

Saya suka bertumbuh dalam keadaan yang sihat, sebab itulah saya mengambil warna ini sebagai warna utama blog saya. Saya yakin warna ini akan dapat memainkan peranan penting dalam membantu pembaca mengingati blog saya.

Saya mencadangkan supaya kau pilih warna yang sesuai dengan minat dan tujuan kau. Ada banyak warna yang ada, kau tinggal pilih saja antara warna merah, kuning, biru, ungu, hitam atau putih.

Sebagai contoh, jika kau suka mengajar, gunalah warna kuning, sebab warna kuning melambangkan pencerahan, penjelasan atau yang menerangi kegelapan.

Saya tidak menukar warna utama blog saya kerana saya mahu dikenali sebagai blogger yang dekat dengan tumbuh-tumbuhan, yang sentiasa bertumbuh dalam keadaan sihat dan seimbang.

Saya yakin, jenama blog kau akan meningkat dengan adanya warna tetap. Bayangkan saja warna-warna utama syarikat DIY, Air Asia, KFC, MacDonald dan Starbucks.

Sangat mudah untuk diingat kan?

3. Gambar Profil Yang Terbaik

Bring the logo, fonts, styles and imagery that define your brand (and your blog) to all of your communication outlets. – Problogger

Pembaca mahukan gambaran positif tentang kau. Jadi, kau perlu sediakan gambar yang terbaik untuk memudahkan pembaca membayangkan siapa yang bercakap-cakap dalam fikiran mereka.

Saya menggunakan gambar saya berpakaian blazer supaya pembaca membayangkan saya sebagai orang yang profesional. Gunakan pakaian yang kau mahu orang ingat tentang kau.

Cara ini sangat berkesan untuk meneguhkan jenama kau. Lihat saja artis-artis korea yang kelihatan cantik dan tampan. Imej mereka akan terus tersimpan dalam imaginasi kau walaupun hanya sekali saja kau melihat mereka.

K-Pop semakin hari semakin popular dalam kalangan anak-anak muda kerana imej yang ditunjukkan sangat menarik. Itulah kuasa yang ada pada gambar.

Cubalah menggunakannya.

4. Topik yang Tetap

Rather than blend in with the many other brands that offer the same type of product or service, a brand can use niche marketing to stand out, appear more valuable, reach its growth potential, and build a stronger, longer-lasting connection with its ideal audience. – Alexa

Kau akan dikenali sebagai pakar sekiranya kau menulis tentang  satu topik secara mendalam. Saya memilih topik “Blogger” kerana saya mahu memotivasikan rakan-rakan blogger yang ada di Malaysia ini.

Sebagai contoh, Neil Patel sering menulis tentang Search Engine Optimization (SEO) lebih dari 7 tahun. Kini, ramai blogger-blogger yang suka melawat ke blognya kerana yakin dengan tips SEO yang dikongsikannya.

Pembaca suka membaca tulisan dari orang yang pakar. Dan kau boleh menjadi seperti dia jika kau sanggup memilih satu topik dan tulis mengenainya secara panjang dan lebar dalam tempoh yang panjang.

Apalagi pada masa-masa sekarang ini, ramai yang berkerja dari rumah, sudah pasti jumlah pembaca juga akan meningkat.

Pilihlah kategori topik yang kau mahu dalami dan tulis mengenainya. Teruskan menulis secara berterusan dalam 3-7 tahun sehingga blog kau dapat lebih autoriti dalam topik yang kau tulis.

5. Saya Melihat Blog Saya Sangat Baik

Saya bercakap tentang keadaan minda kau sebagai blogger. Jika kau benar-benar menyukai blog kau, usaha kau mengurus blog kau akan seperti menatang minyak yang penuh.

Bila kau mempunyai perasaan terbaik seperti ini, kau akan tahu apa yang terbaik untuk blog kau. Kau akan tahu font, gambar, warna dan ayat promosi yang terbaik untuk dikongsikan kepada pembaca kau.

Dengan cara yang terbaik itu, perlahan-lahan kau sedang menaikkan jenama blog kau. Kau mesti sedar yang bila kau melakukan yang terbaik, pembaca juga akan merasakan yang terbaik.

Jika sebelum ini kau tidak mempunyai perasaan terbaik semasa menulis artikel, sekarang mulalah timbulkan dan kukuhkan perasaan terbaik dalam diri kau.

Saya cadangkan untuk kau luangkan 1 jam sehari untuk menulis dengan perasaan yang terbaik. Itulah minda yang diperlukan untuk menjenamakan Blog kau.

Kesimpulan

Blogger boleh mendekati lebih ramai pembaca jika 5 perkara asas ini dipersembahkan dengan cara yang terbaik. Kekuatan jenama blog kau akan mengubah gelombang pelawat ke blog kau setiap hari.

Semakin kukuh jenama blog kau, semakin besar gelombang pelawat ke blog kau. Dan untuk melakukan itu, kau kena melakukan yang terbaik dalam setiap perkara dalam hidup kau.

Kau ada banyak masa untuk memperbaiki dan memperindah cara kau mengurus diri kau. Lakukan yang terbaik bermula dari kau bangun tidur, sampailah kau tidur semula.

Jika kau mahukan kejayaan sebagai blogger, itulah komitmen kau iaitu sentiasa mahu melakukan yang terbaik. Dan ini akan meningkatkan reputasi kau.

Kau boleh mulakan dengan 6 cara supaya bikin orang lain suka sama kau. Inilah antara usaha yang mesti dilakukan Blogger untuk menjenamakan blog mereka.

Akhir sekali, saya mahu kau simpan ini dalam minda kau “Reputasi kau adalah iklan terbaik kau” uruslah itu dengan baik dan bijak. Selamat Maju Jaya.

Gambar Austin Distel

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Penulis yang lemah dalam percakapan, kini berusaha gigih dalam penulisan. Bercita-cita untuk menjadi Blogger terbaik di Malaysia. Tidak sempurna 1 hari, kalau tidak menulis. Kau boleh subscribe melalui email di blog dia.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Ko Tau Kah?


Advertisement

FEMES SINI


Balik