Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Bakul Sabah Si Mellisa Kiut Bah!

Kau pernah ka nampak beg yang cantik di butik, lepas tu cakap… astaga! Macam ini pun dia mau jual RM2578 ka?! Ini beg kalau bakar tidak pandai rusak kah ni? Atau ini beg buli kana suruh pigi kedai beli pampers budak pukul 8 pagi? Mungkin kalau RM2578 tu wang saku saja untuk kau ndak payah kompelin lah. Tapi macam kita yang masih mau bagaya dan hidup di ambang kenaikan kos hidup ditambah lagi sama GS Tea yang sememangnya penuh rasa dan aroma. Jadey macam mana lah?

Ni kali siurang mau kasi tau kamu di Sabah ni banyak betul urang yang kreatif bah. Sudah lah kreatif, baik hati dan merendah diri lagi. Kau pernah nampak urang pigi pos-pos di Facebook ka Instagram ka yang bakul-bakul kena anyam ‘by hand’ tu? Ala yg bentuk petak-petak tu bah? Macam rupa pixel game Minecraft tu? Ya itu lah tu. Tinguk kau gambar.

Kaamatan Koleksyen
Koleksi Kaamatan 2015 debilang

 

ooo baru pulak siurang tau yang bahan-bahan dia ni dibuat dari strap plastik yang ada color-color dan becorak. Menurut si Mellisa Lapinjang yang tukang bikin ni bakul, debilang mau belajar ndak juga susah. Paling penting kau mesti pandai makan nasi sama minum air sebab kalau tidak nanti jadi lemah dan kurang tumpuan. Dalam beberapa jam sudah buli kau master teknik asas dia. Yang kompleks-kompleks tu kau akan dapat idea semasa menonton drama Korea atau masa tukar lampin anak.

 

Bakul Koleksi Melissa Lapinjang
Tangan yang kuat hasil menarik

rupanya bakul Sabah kita ni popular oh! Ada yang mengorder dari negara jiran lagi tu! Ya Kuala Lumpur. Dingar-dingar ndak cukup. Macam bepaluh sudah si Mellisa Lapinjang bilang sebab kalau banyak order macam susah sikit sudah mau layan game COC nya tapi demi minat sama menambah pendapatan keluarga, dia bilang biarlah dia “abandoned base” nya. Siurang tanya jadey.. berapalah ko jual sama kami? (dengan harapan, bulih ba kawan-kawan) Harga puratanya start dari Rm10.00 dan keatas sebab semua depends sama saiz sama berapa rumit itu anyaman dia debilang. (OK dia ndak mention pasal harga kawan tapi siurang rasa berbaloi juga bah.)

Jadey kalau kamurang rasa mau tukar stail ini tahun selain daripada pakai beg beribu-ribu kamu tu, cuba la bah stail tempatan. Kalau kita beli barangan tempatan kita juga bantu Sabah secara tidak langsung. Ini tiada GST juga.

Kalau kamu contact si Mellisa ni cakap kamu tau pasal dia dari OrangSabah.com dan dia cakap dia akan bagi diskaun spesel.

Call / Whatsapp: +6016 836 8631

Facebook Nya
Beg Sandang Mellisa Lapinjang
Uiseh, beg sandang bai nih!

Update terbaru!

Bakul Pokemon Sabah!

RM55 saja tapi mau kena kasi tau awal-awal sebab banyak tempahan!

bakul-pokemon-sabah
Beg Bakul Pokemon Sabah!

 

bakul-pokemon-sabah
Paling manang kalau pigi skul!

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

5 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
    • Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *