Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Azam baru 2015 Kevin James kalau dia lawat KK

Kevin James SabahKevin James ni ialah Hollywood celebrity yang terkenal bah. Ala yang dulu di dalam series “The King of Queens” tu. Ada juga dia lakon filem “Zookeeper”, “Mall Cop” sama “Grown Ups” yang ku minat sekali! Kenapa pilih dia? Kiut bah dia. Sekarang sudah tahun baru kan? 2015, jadey daripada ku kasi tau apa azam ku yang setiap tahun ndak tecapai, bagus aku bikin azam baru untuk si Kevin James yang ku suka ni (kalau dia lawat KK lah)

 

 

Try semua Ngiu chap di Sabah

Ngiu Chap kita kan hebat. Semestinya dia akan terpesona sama rasa nya yang unik itu. Mesti dia rasa yang 2015 nya tidak akan sempurna kalau tidak try semua Ngiu Chap di Sabah.

 

Join Kaamatan bulan Lima

Unduk Ngadau Kudat
Unduk Ngadau Kudat

Kalau dia lawat Sabah mesti semua urang akan promo-promo dia pasal Kaamatan. Aku rasa mesti dia akan teruja dan mau juga rasa suasana Kaamatan kita yang penuh dengan warna-warni serta toleransi kaum yang tiada bandingan nya

 

 

Pigi Kudat

Kimihang beach Kudat
Kimihang

Sebab Kudat banyak kelapa segar sama banyak pantai yang buli dia lawat. Mesti dia terbaca majalah Airasia masa dia di dalam kapal terbang pasal Tindakon Dazang di Kudat atau Simpang Mengayau atau Kimihang beach yang best gila pantai dia.

 

 Try Sinalau Bakas

Sebab siuk dan dia memang kuat makan juga ku rasa. Tinguk badan lah

 

Diving Pulau Sipadan

Sabah Diver
Dive!

Ndak pulak ku tau kalau dia ni ada ambil lesen diving tapi mesti dia ada azam baru lepas baca pasal Sipadan. Paling best bah tu sana. Saya sudah pigi. Bagus kau pigi sebelum harga minyak naik lagi.

 

Naik Gunung Kinabalu

Aku rasa kalau dia pigi KK ndak la juga trus dia mau atau dapat naik Kinabalu. Mesti dia bagi beberapa alasan macam di sini. Tapi mesti masa pigi Kinabalu Park sana, masa dia selfie tu trus dia cakap dalam hatinya “Ku panjat juga kau tu!” (Dalam American English lah)

 

Tapau YoYo #102 Pearl Milky Tea

YoYo Cafe Sabah
© YoYo Cafe

Sepa-sepa yang bawa dia sana YoYo cafe, pasti akan membuat dia jatuh cinta sama ini barang. Ndak tau lah macam mana dia mau tapau balik US tu tapi aku rasa dia akan cuba juga sedaya upaya

 

 

Join BIM (Borneo International Marathon)

Banyak sudah dia makan kan jadi ku rasa dia mau juga  kasi kurang berat badan untuk azam dia tahun 2016 dan kembali ke Sabah.

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *