Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Apa mau bikin di KL kalau tidak balik Krismas

Seniman JalananKebanyakan pembaca majalah online Sabah kita ni pun area KL juga. Siurang rasa mungkin urang-urang Sabah yang tinggal  di KL mangkali tu. Nahh.. sekarang bulan 12 sudah. Kalau yang celebrate Krismas tu lamaa suda beli tikit. Ada juga yang last minit macam kawan saya. Kalau last minit sedia saja kau membayar. Dia kena dakat 400 Ringgit one way. Bulum lagi dia beli tikit balik KL. Ndak pulang lah dia tu. Jadey apa mau buat kalau stay di KL dan tidak balik?

Bah, bagi yang langsung ndak dapat pulang Krismas ni apa lah kamurang mau bikinn di KL neh? Sini saya cadangkan kamurang beberapa aktivit selama satu minggu. Harap dapat membantu siikit sambil sia tinguk update Facebook kamu sambil saya siuk-siuk di kampung minum bahar.

Hari empat, 25 December, 2014

Hari Krismas. Hmm. Bangun saja cek dulu fon. Baca-baca ucapan Krismas dari kawan-kawan sama femili online. Jangan tunjuk marah. Rilek seja. Balas seja Merry Christmas to all! GBUT (God Bless You Too) Kalau kau tebangun awal mungkin buli cuci kereta atau motosikal kau. Lepas tu cari kawan pigi minum kupi ka apa ka.

Hari lima, 26 December, 2014

Rupanya semalam lepas kupi-kupi tapau 3 crate beer bawa balik rumah kawan 3 urang minum. Ngam-ngam ada lagi 2 lagi kawan datang (yang ndak balik cuti juga) tapau sayap ayam sama bawa ais sama Chivas. Ni hari tebangun lambat. Call upis masuk lambat tayar pamcit lah.

Hari enam, 27 December, 2014

Teda juga mau bikin. Pigi Zoo negara lah. Nah Map Sana ada munyit, bakas, payau, buaya, ayam, itik, kerbau, kambing sama ular. Macam di kampung seja nih..

Hari minggu, 28 December, 2014

kah hiong ngiu chap puchongRupanya semalam ter aramai tih lagi di tempat kawan. Ngam-ngam dorang pun keboringan pigi Zoo tebajumpa tinguk payau. Bangun seja sakit kapala. Paling best mau sup-sup nih. Pigi Kah Hiong Ngiu Chap ngam tu kasi ilang sikit pening. Minum sama kopi o ais. Ui ngam!

 

 

Hari satu, 29 December, 2014

Mug Cake
Mug Cake

Masuk kerja lah. Ni hari mau produktif sikit. Cuba bikin tu resepi Mug cake. At least happy satu ofis kau bikin kek. Ala yang bikin cake pakai gelas kupi tu. Campur-campur telur la, peanut butter la etc. Kau Google jak. Tapi tempat kerja kau mesti ada microwave oven.

Hari dua, 30 December, 2014

Langsung tiada mau buat? Kalau kau ndak masuk kerja try la join tu kursus Human Factors in Road Crash Investigation Course (University of Adelaide) Mana tau siuk. Sepa tau ada lamb ka apa ka kena serve sebagai makanan tengahari? Pigi jak www.dfat.gov.au untuk keterangan lanjut.

Hari tiga, 31 December, 2014

burung
Lukis Burung ka

Masuk kerja luangkan masa dulu bikin list azam tahun baru untuk 2015. Kurangkan merokok, start eksesais mungkin join run ka atau start masuk gym, cari hobi baru macam buat arca ka, start balik melukis, join badan-badan sukarelawan ka, plan naik Kinabalu, ambil diving course, kahwin, tunang, kasi bayar habis hutang, start pigi church… kasi list dia betul-betul.

 

 

Hari empat, 1 January, 2015

MC (Sebab pigi aramai tih semalam)

 

Aki Borneo

Kalau pasal makan jangan menyesal. Itu falsafah hidup saya. Buat baik dengan setiap orang dan faham lah bahawa kita punya masa di dunia ni sekejap saja. Gunakan lah masa ini dengan sebaik-baiknya. Gitew.. FB Page saya

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *