Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Apa bah SWAG yang di KL ni?

Apa bah SWAG ni? Sebelum tu mari kita cerita sikit..

Sepa-sepa orang Sabah yang tinggal di KL ni mesti ada satu benda yang dorang semua akan akun atau tidak akun tapi malu-malu. Kalau tedingar ada Orang Sabah becakap di siring masa kau di kadai kupi ka, masa shopping ka, masa dalam lift atau pun masa dalam toilet, mesti terasa macam excited. “Uih…Orang Sabah bah ni!” Dalam hati dorang.

Tuan Toisin berucap
Tuan Toisin berucap

Mungkin sebab jauh dari ‘Tanah Air’ maka kalau orang Sabah di KL ni kesatuan dia macam lain sikit. Macam extra dia banyak kalau mau buat sesuatu apa lagi kalau demi komuniti sama untuk kebaikan bersama.

MC yang berwibawa dan berdedikasi
MC yang berwibawa dan berdedikasi

Lama juga saya di KL ni. Sejak tahun 1996. Macam-macam juga geng-geng atau pun aktiviti yang saya pernah join. Ada yang tidak rasmi aramai tih di rumah, rasmi macam di church ada…. atau pun yang Sabahan based punya persatuan pun pernah. Yang bestnya semua akan cuba ‘chip in’ seberapa yang bulih. Tidak lagi berkira selalunya walau pun terpaksa keluar duit atau pun tenaga kerja. Sabahan bah yan!

Macam di KK
Macam di KK

2018. SWAG. Apa kah ini?

Asalnya start sekitar tahun 2016 bah ni. Besa lah, Whatsapp group. Bukan kurang kalau group-group begini di mana-mana. Mungkin ko sendiri pun ada minimum 3 group Whatsapp yang ko aktif di dalam. Belum lagi campur yang kau besa jadi CCTV seja. Ha! Ha! Ha! (Termasuk saya lah tu)

Aramai tih!
Aramai tih!



Anyways, besa lah share-share gambar makanan, minuman, tempat best-best, cadangan tempat cari battery kereta, cari kerja, cari cewek… networking…macam-macam lah. Lama-lama makin besar ini group dan macam buli pulak buat something yang lebih bermakna daripada cerita pos-pos gambar lucu. So.. jadi lah persatuan berdaftar satu tahun kemudian. Tarikh keramat dia ialah 6 July 2017.

Barisan orang kuat kita
Barisan orang kuat kita

Ini persatuan bukan cincai oh. Sebab sudah rasmi, maka haruslah ada pengurusan kewangan, ada proper managing segala. Nah ada Presiden, TImbalan, ada lagi Setiausaha..Penolong Setiausaha… Bendahari lagi… Kena lagi ada JawatanKuasa Kecil.. maksudnya ada ‘accountability’ sudah.

Cewek Pitas!
Cewek Pitas!

So pada 28 July 2018, tiba lah masa kasi umum sama urang kewujudan SWAG nih. Kena bikin sana Palm Garden Hotel Putrajaya. Ramai juga dapat join. Lepas register ada lah juga lebih 200 orang datang oh. Kalau ikut mau 500 kali tapi sebab tempat terhad, jadi kena lah kasi had.

Kiut seja..
Kiut seja..

Majlis kena kasi rasmi oleh Penaung SWAG iaitu YB Darell Leiking yang pada masa penulisan ini kena buat ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dalam ucapan beliau, memang teruja juga lah sebab dia bilang (lebih kurang begini lah) “..mari kita kasi keluar tu Sabahan-Sabahan yang terbaik (dalam profesion mereka) dan ni kali kita pastikan dorang ni tidak lagi kana kasi di siring-siring seja. Sabahan selama ini selalu rasa macam kena limpas seja bah. Tapi itu, cerita lama.” dia bilang.

Selfie itu harus
Selfie itu harus

Majlis memang cukup makan. Cukup minum juga. Ada lagi Beer bah dari Heineken. Sempat lagi makan Ikan Basung! Ada lagi Talak tau! Macam di KK bah siurang! Macam biasa, bukan Sabahan event itu kalau teda yang menari-nari sama lagu-lagu. Ada lagi lucky draw dapat hadiah best-best. Ada pulang bawa TV, ada juga pulang dan ada free event pigi Ladang Anggur di Sabah.

Mau tau lebih lanjut pasal SWAG ni pigi saja website dorang – http://swag.org.my/

OK Bah. Kita urang juga ni

KK

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *