Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Ada Ramadhan Buffet sana Hilton Kota Kinabalu

Tiba lah sudah bulan Ramadhan di mana saudara Muslimin sama Muslimah kita menunaikan ibadah puasa. Time-time macam ni pun banyak lah tempat untuk kita semua turut mengambil peluang join-join juga cari-cari makan dan mencuba juadah-juadah berbuka yang bikin excited. Pasar Ramadhan pun banyak bulih di pilih. Mau yang sedap dan murah-murah ka atau mau yang sedap dan buli duduk-duduk releks pun ada. Ini hari kita fokus sikit yang ada duduk-duduk releks punya.

Kuih Penjaram
Kuih Penjaram!

“Jom Makan” debilang Hilton Kota Kinabalu. Sebab dorang punya buffet buka puasa bejalan sudah. Kalau sudi limpas, jangan lupa singgah-singgah kamurang sini. Dia punya seleksi makanan memang banyak. Dari yang biasa ko nampak masa Hari Raya kena hidang di rumah jiran mu sampai lah yang makanan nenek atau mama kau pernah hidang di rumah.

Hilton Chef
Lapar ka?

Antara yang saya sempat try dan test ialah (cuba sebuat semua dalam satu napas) Ayam Bambangan dia, Pinasakan, Ambuyat, jeruk-jeruk pun ada.. Ulam raja, Kerabu Mangga, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Panjang, Cendol, Kerepek-Kerepek, Kuih Terang Bulan (Apam Balik),  Kuih Penjaram, Cucur Badak, Pais Pisang… aduiiiii punya lah lapar sekarang balik… actually kan ada lebih dari  150 jenis makanan tu!

Tuhau Sabah
Ada Tuhau bei..

Siurang try juga untuk cuba semua tapi memang macam mustahil kalau jenis yang excited makan satu item lepas tu lupa tu perut bukan juga besar betul. Jadi tips siurang sini, makan sikit-sikit tapi banyak kali. Baru lah dapat chance try semua. Tahan saja tu nafsu kenchang masa baru jalan masuk tercium bau masakan wangi dorang.

Game of Thrones band
Game of Thrones band

Lagipun memang tema dorang ni “Balik Kampung”. ooo patut lah banyak makanan lokal.  Buli tahan juga hasil masakan dorang ni. Kalau kamurang mau tukar sikit suasana makan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan sedarjah, bagus kamu book siap-siap sebab pandai panuh tu tempat duduk ku tinguk. Tempat aktiviti pemakanan ni berlaku di Cafe dorang nama dia “Urban Kitchen”. Details untuk di telepon ialah +60-88-356000 atau kalau ko jenis suka main emel, then emel lah sama kotakinabalu_f&[email protected]

Peluang untuk makan masih ada setakat penulisan ini dibikin. Dia punya tarikh Ada Ramadhan Buffet sana Hilton Kota Kinabalu ialah:

5th May – 4th June,  2019 5.30pm – 10.30pm

Adult: RM158 Nett | RM 120 Nett (early bird voucher) Child: RM 79 Nett (ages 6-11 years only)

Ndak payah risau pasal parking ya. Ko parking jak dalam Hilton. Tu tikit ko minta sain saja sana reception cakap “Aku makan Buffet bah sini” trus dorang akan cakap, “OK Bussku!” Nah.. senang, mudah, balik happy. Jom Makan lagi!

Terima kasih juga kepada saudara Wen, yang sudi menemani saya dan mengganggu corak pemakanan dia semasa beliau tekun fokus running training nya. Siap bawa kamira lagi. Skrol ke bawah untuk tengok koleksi gambaran nya yang lebih hebat!

Urban Kitchen Hilton
Urban Kitchen Hilton, Kota Kinabalu

Lagi koleksi gambar lawa dari kawan Photographer kami Mr.Wen:

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *