Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

8 jenis orang yang kita buli jumpa di tampat urang kawin

Kalau kau duduk di tampat urang kawin dan cuba tinguk-tinguk keadaan sekeliling, mungkin ada juga kau tejumpa karakter-karakter macam di bawah. Bukan maksud mau kutuk dorang, tapi ini sebenarnya refleksi diri kita juga sebab kami pun ada termasuk dalam list ni! ha ha ha. Jangan kuat marah bah, kita baca kita share dan kita cuba tinguk nanti kau punya next jemputan kawin ada kah kau jumpa yang segini.

Orang kAwin Sabah lah ni

1) Si Paling Lapar

Biasanya kalau kau tinguk ini orang lah paling banyak lauk dia kasi panuh piring nya, paling banyak nasi sama paling duluan dari semua urang termasuk pengantin pigi sauk makanan. Tiada masalah bagi dia sebab masih buli lagi round 2 lepas tu…ha ha

2) Si Penyanyi

Dorang ni sangat rajin. Paling kuat nyanyi. Mana-mana urang kahwin macam kau nampak muka dia mesti ada… di pentas. Penampilan dia balik-balik ada sebab kalau ada band atau karaoke di tampat urang kawin, pasti request lagu terus-menerus…

3) Si Penari

Tujuan dia datang urang kawin hanya satu! Menari! Biasanya dorang ni amat berpikiran positif. Ndak kira macam mana cuaca, hujan ka, lumpur ka, teda karan ka tarian mesti ada. Ko kasi la muzik apa saja yang kau pernah dingar, Rock & Roll, ballet, Poco-Poco, Jamilah, Zumba, Sumazau malah Mongigol pun dia sapu itu. (Bagus ka ndak lain cerita)

4) Si Penapau.

Orang yang amat bertanggungjawap ni. Sentiasa memikirkan orang lain (atau pun sendiri). Tapau nasi, lauk, ikan, sayur, daging untuk kegunaan nanti. Belum apa-apa sudah berabis menapau makanan untuk keluarga kenen. Kadang-kadang bawa bekas sedia juga pigi urang kawin

5) Si Tokeh beer

Ni jenis suka buka beer duduk jumpa kawan, letak beer lagi kena tinggal tejumpa lagi kawan dekat tiang, buka lagi satu beer minum sikit kasi tinggal lagi di kerusi, tejumpa lagi kawan di mija lain, buka lagi satu beer pas tu kena kasi tinggal lagi bila tenampak ex di kerusi sebelah.

6) Si Penggaduh.

Ni jenis yang dia saja mesti menang. Ndak kira la matematik ka, cerita politik ka atau pasal siapa lebih hensom. Dia buli kasi ketawa urang tapi kalau urang kasi ketawa dia trus memanas dan mau baling kerusi yang penat-penat urang angkat dan sewa dari dewan kampung.

7) Si Photographer

Ndak kisah la dia bawa DSLR ka, pakai smartphone pigi tampat urang kawin. Tapi ini akan kasi kalah reporter. Setiap detik akan diambil. Masuk menyisip dan mencari angle yang hebat. Biasanya akan kasi kalah photographer rasmi pengantin. Selalunya akan menyisip depan kamera orang dan ambil ruang sampai hilang detik indah.

8) Si Pengomplen

Ini pakar pengkritik. Dari cara hiasan backdrop pentas, tema majelis, baju pengantin, makanan punya kualiti, cukup ka tidak minuman kena bagi tetamu sampai lah kepada padan atau tidak pasangan pengantin. Bonus nya kalau dia ada gosip untuk memeriahkan suasana sekeliling dia.

Siurang pun bersalah dalam hal ini sebab pernah juga termasuk dalam salah satu list di atas. Ko pernah buat begini di tampat urang kawin? hi hi…

 

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

29 Comments
  1. PikaBoo
  2. Avatar
    • Kay Kastum
  3. Avatar
  4. Avatar
    • Kay Kastum
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
  17. Avatar
  18. Avatar
  19. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *