Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

8 Jenis Kawan Yang Kau Akan Jumpa Pigi Karaoke

Urang Sabah rata-rata suka menyanyi. Kalau kau mau tau lebih lanjut pasal urang Sabah, kau baca dulu ni Macam Mana Mau Kenal Urang Sabah punya artikel. Anyways, ni hari kita mau cerita pasal kawan-kawan yang pigi karaoke sama-sama. Kalau kau duduk diam-diam dan kau buat analisis secara memerhati kawan-kawan kau, kau mesti akan tejumpa salah satu (atau semua!) jenis perangai kawan-kawan atau kau sendiri. Bukan benci. Kita sayang bah kawan-kawan kita ni semua. Cuma bikin tambah happy kamu lain kali bila nyanyi dan kau pakai ni artikel sebagai referen.

Penyanyi Karaoke Sabah Tapi Bukan

1) Perebut Mahkota

Ini kawan kau yang ndak buli tahan tinguk kau nyanyi sturang. Biasanya kalau lagu feveret kau kau semangat sudah nyanyi sepenuh jiwa raga sampai tutup mata, kawan kau pigi lagi ambil mikropon yang satu lagi trus pigi nyanyi sama-sama. OK juga kalau dia pandai cari parts yang dia kasi harmoni ka.. apa ka best juga. Ini dia kasi kuat berabis sora dia dan macam mau kasi hilang kau punya sinaran. Maka dia lah perebut mahkota.

2) Pengontrol Sistem

Ini urang paling tau pasal semua benda di dalam bilik karaoke yang kamu masuk. Mungkin dia pernah kerja sana ka.. selalu datang ka.. biasa sudah sama sistem karaoke dia ka atau dia ada aunty atau uncle yang kerja sana juga ka.. dia akan set lampu, set aircon sama cepat-cepat set list lagu untuk semua urang (atau untuk dia sendiri?). Sekali tinguk list lagu terus ada 50 sudah sama satu pun teda lagu kau. (Kadang-kadang pigi kasi duluan lagu lain!)

3) Pengontrol Mikropon

Talampau kuat nyanyi. Kamurang semua pun hairan betul dari mana dia dapat energy dia ni. Bukan juga athletic tapi kalau nyanyi buli nyanyi 6 lagu sambung-sambung. Tidak kisah lah dia sora sedap atau pun perasan sedap tapi kawan lain terpaksa jadi penonton jak sambil tinguk tu video karaoke yang perempuan urang putih sedih-sedih jalan di taman dekat air pancut

4) Kuat Makan

Kalau tempat karaoke kamu yang ada buffet tu, dia lah paling manang. Bilik belum lagi kena clear sama masih menunggu giliran masuk dia sudah kasi penuh piring dia. Udang, salmon, nasi, ice cream, tembikai semua dalam satu piring. Masuk saja simpan piring di mija dia masuk balik bawa 2 lagi pinggan ada mee sup sama kek.

5) Penyanyi Rock Kapak lama-lama

Dia ni teda lain dia pilih semua yang rock kapak. Kalau bukan yang rancak, dia akan pilih selow rock. Biasanya lagu dari koleksi lagu Kumpulan Search, May, Wings atau Cromok. OK ada juga la yang urang putih macam Scorpions, Metallica atau Skid Row gitu

6) Kawan Yang Setia

Ini suka join karaoke setiap kali tapi ndak mau nyanyi. Ntah kenapa. Mungkin lonely kali atau memang dia suka dingar sama tinguk perangai kawan-kawan dia yang ingat dorang hebat. Sekali-sekala dia akan guyang kepala sama gegar tu kaki bila beat yang dia suka tapi biasanya di corner jak sambil cek hempon.

7) Mariah Carey

Ini kawan yang telampau hebat. Bila dia pigang mikropon jak kamu semua menunggu sudah sebab kau tau dia akan buat bulu tengkuk kau naik selama 15 saat dan bila dia sampai tu high notes yang selalunya kau akan pening 5 hari bila cuba, terus kau pikir dalam otak kau “kenapa bah dia ni ndak join AF kah apa kah?”

8) (Yang ini untuk kamu suggest!)

Apa lagi jenis kawan yang join karaoke? Komen di bawah.

Surindi

Sumandak Dusun yang suka makan tarap sama bambangan :) Tapi kalau durian sia lari jauh-jauh. Selain menulis di sini, saya buat bisnis Items Untuk Baby

16 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
    • Kay Kastum
  6. Avatar
  7. Avatar
    • Kay Kastum
  8. Avatar
  9. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *