Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

6 Makanan Di Sabah Yang Kawan Kau Mungkin Inda Pernah Dingar Tapi Sedap

Orang di Sabah ni kan ada banyak macam bangsa. Jadi kalau mau cakap pasal jenis-jenis juadah makanan dari semua suka bangsa ndak habis tu mau tulis di sini. Tapi ni hari siurang kasi list 6 yang siurang suka dan rasa ramai juga yang ndak pernah dingar. Ya ini semuanya ada di Sabah bah. Mari kita tinguk 6 Makanan Di Sabah Yang Kawan Kau Mungkin Inda Pernah Dingar Tapi Sedap !

1. BURAS – Bugis

Buras Tawau
Buras

Kalau yang inda pernah jalan pigi area-area Sandakan, Tawau, Kunak – Lahad Datu sekarang jalan! tu mungkin kau tidak akan pernah dingar ini barang ini. Dibuat dari nasi kukus bersantan yang kana bungkus sama daun pisang, mesti ko cakap macam pernah jak ku nampak ni barang ni? Mungkin sebab di KL macam lemang juga bah mangkali ni. Ada versi yang kana masuk serunding daging dalam dia. Besa Hari Raya banyak lau kau nampak di rumah kawan-kawan Bugis mu.

2. Latok – Bajau

Latok
Latok

Sebelum kau cakap, eh ndak pernah pun saya nampak ini barang di Kota Belud? Suku kaum Bajau terbahagi dua kumpulan yang stay di pantai Barat sama pantai Timur. Yang pantai Barat tu yang macam area Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar gitu. Pantai Timur pula yang besa di laut macam area Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ni makanan Latok ni suku kaum yang area Semporna lah. Pernah bah ku makan juga ni. Siuk! Bila dia meletup-meletup kana gigit punya siuk. Masin sedia suda sebab memang spesis rumpair laut juga. Macam anggur rupa dia kan? ini ngam kalau kau makan sama sambal kaaa, ikan bakar kaaaa sama nasi yang panas-panas! Adui lapar.

http://planet-milano.blogspot.com/2015/02/makanan-tradisional-bajau-sabah-malaysia.html

3. Sayur Campur – Dusun

Sayur Campur
Sayur Campur

Simple seja nama dia. First time dingar saya ingat sayur campur? Macam selalu seja saya bikin sayur campur masa hidup membujang sana KL masak sayur terjun! Tapi ini nama sudah sinonim sama ini sayur yang kombinasi asas dia ialah:

  • Batang tu daun bawang
  • Bunga Kantan
  • Lada Putih
  • Ikan Masin
  • Garam sama minyak





Dari kau seja lah apa mau campur. Ada yang kasi masuk ayam juga. Daging pun bulih. Yang penting ada tu sayur asas dia semua supaya ada feel dia. Tapi kalau saya, ikan masin juga lah paling manang! Mau ikan masin yang lebih kualiti lebih bagus!

4. Bintanok Jagung – Rungus

Bintanok Jagung
Bintanok Jagung

Ini macam stail kuih kukus dia. Baca tajuk pun tau sudah la memang bahan dia pakai jagung. Macam kuih lepat semenanjung gitu. Tiada campuran tepung juga. Siurang ada cover pasal ini Bintanok Jagung di sini klau kau mau baca lanjut.

5. Kuih Kelupis – Melayu Brunei

Kuih Kelupis
Kuih Kelupis

Kalau ikut stail Sabah becakap, biasa akan jadi bunyi ‘Kolopis’. Ini kira kuih untuk makan petang-petang kah, atau time melawat kawan-kawan masa Hari Raya ka apa. Pasangan dia paling ngam ialah ayam rendang ka atau sambal kah.. ui lapar.. Ini barang ni bahan asas dia ialah beras pulut lah. Kau pun mau ada santan, garam sama pandan. Simple saja ini barang bahan dia. Daun kana bungkus pakai tu ‘daun nyirik’ dorang panggil. Antah apa tu. Kamu Google lah. Ha! ha!

6. Pinasakan – KadazanDusun

Pinasakan
Pinasakan

Kalau Dusun panggil ‘Pinarasakan’. Kalau Kadazan ‘Pinasakan’ for your info. Ini barang ni paling bikin lapar ni. Time-time kalau baru kana masak ni, wap-wap dia keluar dan kasi wangi rumah.. aduiii tetamu yang datang pun trus kelaparan. Makan tu kerupuk yang kana hidang pun makin bikin lapar. Mungkin bukan semua suka bau dia, tapi kalau setakat Orang Sabah seja, 90% mesti suka aroma dia. Ikan kena la pakai Ikan Basung baru ngam. Kalau di jaman dulu-dulu masa urang-urang kampung kena jalan jauh-jauh sebab mau buat sistem barter, dorang kena la bawa bekalan makanan kan? Tapi itu musim mana lah ada kotak ‘cooler’ yang buli simpan ais semua tu daging-daging sama ikan? Ini salah satu masakan yang bulih tahan lama. Dingar cerita ada sampai 2 minggu pun bulih makan lagi masih! Ini ikan kana rebus sama air sampai dia jadi kering. Jadi rasa-rasa dia semua suda masuk dalam tu ikan dan since dia consider ‘kering’ so tahan lama sikit lah. Lagipun garam banyak juga so tu bakteria pun lambat siikit mau berparty. Dan haruslah makan sama nasi! Ui lapar. Pigi buka lanjang dulu lah tinguk apa mama masak! Sini ada resepi dia!

Kamurang pernah try semua? Mana satu favorite kau?

PikaBoo

Dengan memiliki kuasa untuk menjadikan semua benda-benda yang dia sentuh jadi pink dan kiut, kehebatan dia ni memang tidak buli kita buat ndak tau saja. Rajin makan Kodundung

23 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
    • Kay Kastum
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
    • Kay Kastum
  16. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *