Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

6 Cara Yang Supaya Bikin Orang Lain Suka Sama Kau

Semua ni bukanlah cara mengampu yang pura-pura punya. Kalau ko berpura-pura, senang bah kadapatan; senang kana nampak tambirang kamu. So, kalau ko betul-betul mo bikin orang lain suka sama kau, ko kenalah mengampu dengan sepenuh hati juga. Biar jujur bah penyampaian kamu kalau artis bilang. Bah, jum baca 6 cara untuk mengampu supaya orang lain suka kamu.

 

01. Betul-betul Tunjuk Minat Sama Orang Lain

Kalau ko mau itu orang lain suka kamu, contohnya cewek yang duduk di depan ko masa kelas matematik bos kamu kah atau kawan-kawan kamu kah, ko kenalah menunjukkan minat sama diorang. Bukan minat yang maksud dia I LOVE YOU, tapi minat yang bermaksud “sa butul-butul mau berkawan sama kamu ni”. Ko kena butul-butul kasi tunjuk minat ko sama diorang, sampai diorang prasan dengan kewujudan ko di alam semesta ini. Bila ko menunjukkan minat sama orang lain, barulah orang lain pun ada sedikit minat mo berinteraksi dengan ko.

Saya Suka Kau Juga Lah

02. Senyum

Jangan kamurang kedekut dengan senyuman kamu. Walaupun gigi mu rumpang, tapi ia bisa membuat urang lain tertawa juga tu, haha. Senyuman ni bahasa yang semua urang paham bah. So nda kiralah tu orang yang ko minat tu paham kah inda bahasa ko, sakali nga ko senyum… terus cair juga tu hati diurang nampak. Kadang-kadang nda la bah cair terus tapi at least diurang tau yang ko ni peramah dan mudah didekati. Nda juga urang lain takut bah mau tegur kau.

 

03. Sentiasa Ingat Nama Orang

Kalau ko mo orang lain suka dengan ko, paling kurang pun cuba la bah mo tau nama urang dulu. Jangan terus mengayat ja membabi buta. Ko tingu di Starbucks, syokkan bila tu Barista tanya dan panggil nama ko… terus ko tingu di galas, salah eja mah nama ko… tapi ko tersenyum juga tu, sebab tu Barista berusaha ni mo cuba ingat nama ko. Kamu harus ingat, bagi setiap urang di dunia ni, nama diurang sendirilah bunyi yang terindah dan teristimewa dan yang terutama sekali di alam semesta ni.

 

04. Jadilah Pendengar Yang Baik dan Sentiasa Galakan Orang Lain untuk Bercerita Tentang Diri Diorang Sendiri

Bila ko lepak sama orang lain, jangan asyik bercerita pasal diri ko sendiri ja. Bikin benci bosan juga tu. Bagi peluang sama orang lain untuk bercerita juga. Kalau diorang malu-malu konon mau bercerita, ko bagilah galakan sama diurang. Tanya diurang soalan yang bila diurang jawab, dia pandai kasi tambah-tambah lagi bah. Jangan pula jadi macam FBI yang sedang soal siasat orang yang disyaki pula. Play it cool urang putih bilang. Kasi steady ja soalan kamu, yang santai-santai punya.

 

05. Selalu Cerita Pasal Minat Orang Lain

Nah, bila ko sudah galakan orang lain untuk bercerita, ko tangkap lah minat diorang terus ko bercerita pasal itu ja dengan diurang. Kalau tidak pun, ko cuba lah social media stalk cari sendiri apa minat tu orang dan Google sikit pasal minat dia kalau ko nda pasti apa tu barang yang diurang minat. Kalau ko asyik bercerita pasal benda yang diurang suka, diurang rasa happy tu apabila sama-sama kau.

 

06. Buat Orang Lain Rasakan Yang Diri Diorang Tu Penting

Kalau betul ko mo orang lain suka dengan ko, ko kena selalu buat orang lain rasakan yang kewujudan diorang tu sangat penting sekali bila sama-sama ko. Jangan sesekali memperlekehkan urang lain. Hari ni mungkin ko rasa yang dia ni tidak dapat buat apa-apa untuk ko, tapi bisuk-bisuk bila ko mo buat pinjaman peribadi dari bank, sekali tingu… tu urang yang ko rasa nda pentinglah kerani yang urus semua dokumen ko. Ko berdoalah yang dia nda mau kasi susah ko untuk cepat-cepat keluar loan. Apa-apa pun, kalau benar ko mo urang lain suka dengan ko, sentiasa hargai kehadiran diurang disamping ko (masa lepak kah, masa kerja kah, masa ulang kaji kah…) dan pastikan yang diurang tau juga yang ko senang dengan kehadiran diurang. Make them feel like a somebody and never make them feel like a nobody. Cheewah!

Apalah benda lain kamurang buat untuk supaya orang lain suka dengan kamu?

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

One Comment
  1. Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *