Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

5 Tampat di Facebook untuk Mancari Kerja di Sabah

Atukoi!!! Masih mancari kerja di Sabah lagi bah kan siurang? Kalau ko masih belum nampak itu sanarai website yang sia share dulu, bagus ko pigi tingu dulu kijap DI SINI. Kalau sudah, nah… sia mau share lagi tampat mancari karaja online. Tapi ni kali di pesbuk bah… tampat paaaaaling ramai orang meluah kan? dalam ramai-ramai yang meluah pasal cinta inda kesampaian tu, ramai juga yang meluah di tampat-tampat tertentu untuk mancari pakarja bagi syarikat diurang. Jom kita tingu, dimanakah tampat-tampat tersebut dalam pesbuk

 

 

01. Job Vacancy Kota Kinabalu (Community)

Ini mimang komuniti paling sporting lah yang sia parnah nampak. Pelbagai juga karaja yang ko buli nampak kana post. Paling terbaru dan yang termantap sia nampak ialah pencarian pelakon untuk drama antarabangsa. Antarabangsa bah tu… silap-silap ko dapat balakun di samping palakun dari negara annyeong haseyo kah… Nah pemes sudah kau bila mama-mama mulai lap-lap air mata diurang.

 

02. KK Jobs Avenue (Public Group)

Sakali imbas ini group mimang lebih banyak mancari pakarja untuk di cafe-cafe dan juga karaja-karaja part time untuk area-area sekitar KK. Kadang sia teringin juga mau pakai kiut-kiut terus mengambil order di kaunter. Tapi sia malu >_<

 

03. Borneo sabah job (Community)

Fuuhh… Ini komuniti paling santai lah di fb yang sia parnah nampak. Profile picture sama cover photo pun langsung tiada ah… Tampat yang paling straight to the point kali. Ko mau kerja bang… bukan mau tingu gambar lawa… Sini banyak campur-campur karja kosong yang kana iklan – swasta dan kerajaan.

 

Cari Kerja di Sabah Facebook Bah
OK Bah di KK Kami!

04. Jobs in Kota Kinabalu, Sabah (Local Business)

Jangan kamurang terpedaya dengan ini page. Mula-mula sia ingat tampat urang check-in di fb ja. Rupanya tampat urang ramai post karaja-karaja kosong pula. Betul-betul ramai orang yang post ah, bukan sia manambirang kamu ok. Sampai segala tulisan cina pun keluar bah di dalam sana.

 

05. Sabah Vacancy (website)

Kalau ko mo cari karaja kusung yang ada sangkut-sangkut juga dengan kerajaan, disinilah antara yang paling banyak kana post. Diurang rajin tingu website SPA kali. Kalau ko inda minat mo menyertai kerajaan, lagilah banyak juga karaja-karaja swasta yang kena post di sini. Kamurang singgah-singgah ja ba tingu-tingu. Bukan mati pun xD

 

Semoga kamurang berjaya dapat karaja lah ah!

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

2 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *