Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

5 sebab kenapa saya mungkin join UNICEF Borneo Marathon 2019

Yang itu hari minggu 3rd March 2019, saya dengan rendah diri dipelawa untuk pigi attend tu launching UNICEF Borneo Marathon 2019. Sejak pindah balik KK ni, memang perlu mau ada updated info untuk followers dan peminat (perasan) OrangSabah.com. Acara on time bermula lingkungan 2pm.

BIM 2019 Launch BIM Race Director
Datuk Dr Heng Aik Cheng

Majelis ringkas ini start dengan sedikit ucapan daripada CEO of ULTRON Malaysia, Mark Chua. Saya suka dia punya positivity. Mesti best kalau buleh duduk kupi-kupi sama urang positif macam dia ni. Ultron ialah actually brand local. Uih. Macam saya pun baru tau oh tu musim. Memang pernah dingar ini jenama sebab dorang selalu terlibat sponsor etc dalam event-event sukan larian, lasak. Selama ini ingat international brand! Not bad oooh.

BIM 2019 Launch Ultron CEO
CEO of ULTRON Malaysia, Mark Chua

Lepas tu Datuk Dr Heng Aik Cheng, presiden Kinabalu Runners Club yang juga Race Director untuk UNICEF Borneo Marathon pun ada bagi beberapa sharing nya. Terutama yang pasal hashtag untuk ini musim: #kurangmanis because #imsweetenough gitew…. ha ha. Kiut nih. Kalau ndak silap saya, ini berkenaan obesiti tahap merisaukan especially di Malaysia ni. Ranking kita macam bikin malu seja. So dorang mau kempen juga satu kali ni UNICEF untuk awareness supaya kita kasi kurang gula dalam kehidupan harian. Dijangka lebih kurang 10,000 manusia akan join larian nanti.

BIM 2019 Launch Crowd
Ramai bah

Sebelum launching, VIP untuk ini hari pun ada bagi ucapan. Puan Raini binti Lekup. Beliau ialah Ketua Wanita bahagian P171 Sepanggar Merangkap Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen juga penerima Ahli Darjah Kinabalu.

BIM 2019 Launch Official-close up
Pelancaran bersama Puan Raini

Ini launching pun sebenarnya satu kali launching Ultron Malaysia punya Sabah outlet bah. Dorang buka sudah di Oceanus. LG Floor. Kalau ko mau pigang-pigang bajunya, datang lah kamu. Bulih sudah tes-tes baju baru untuk azam baru kamu.

BIM 2019 Launch Official
“Sabar peminat”

Jadey..balik pula kepada tajuk post ni hari. Untuk urang yang lama tidak lari dan mau start balik macam saya ni (kalau jadi), saya mau cuba jadi positif lah. Mau kasi list 5 sebab kenapa saya mungkin join UNICEF Borneo Marathon 2019.

BIM 2019 Launch Ultron Sabah Outlet
Macam di KK, ada Ultron!

 

BIM 2019 Launch The Beat
Bikin rancak!

 

BIM 2019 Launch Claire MC dari Ranau
Si Claire dari Ranau. MC for the day.

 

Sapirin Sumping
Sapirin Sumping dan geng

1. Lari demi untuk kebaikan sesama manusia

Borneo Marathon sejak 2008 sudah menyumbang sama 25 organisasi. Dorang ni termasuk Charity punya dan juga yang memperjuangkan perkara-perkara yang membawa kebaikan sejagat sesama Orang Sabah.

2. Sebab banyak cewek kita mesti support local event tahap International macam ni

Banyak negara luar juga join ni event. Kenya, Great Britain, Jepun, Phillipines dan banyak lagi yang tidak dapat di sebut (52 negara total) sebab belum lagi menang sejak 2018 untuk kategori 42km.

3. Sebab belum pernah lari 21km

Ya. Dulu sikit lagi mau try tapi (nasib lah) time tu Standard Chartered Run di KL tu musim kena kensel pasal jerebu yang teruk. Tapi sedih juga sedikit lah sebab tidak dapat try. Dengan ada cabaran baru macam ni, mesti ‘terpaksa’ training kalau mau betul kasi habis.

4. Dapat jumpa kawan-kawan gambar-gambar ketawa-ketawa lepas atau masa running

Best mangkali sebab buli share kejayaan suka dan duka selepas mengharungi keperitan berlari dan juga hari-hari sebelum hari berlari. Juga dapat selfie.

5. Sebab dorang kasi saya t-shirt ULTRON yang hebat itu

BIM 2019 Launch Micro-Dry™ Ultron
Material hebat oh

Ini T-shirt Micro-Dry™ dorang ni memang betul-betul ngam untuk sukan-sukan yang banyak berpaluh-paluh. Macam ngam untuk Climbing juga ni (sa suka climbing dari lari bah) Tapi oleh kerana dorang sudah kasi ini T-shirt, mungkin… muuuuungkin lah saya consider berlari. Haruskah saya lari??

Dilemma.

More info pigi: www.borneomarathon.com

Haruskah si Kay.Kastum (penulis) join lari?

View Results

Loading ... Loading ...

 

 

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *