Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

5 Orang Sabah Yang Famous Yang Mungkin ko Pernah Dingar Tapi Lupa

5 Orang Sabah Yang Famous Yang Mungkin ko Pernah Dingar Tapi Lupa. Mungkin pernah tebaca dulu masa belum kuat lagi Facebook dalam hidup mu. Tapi kan, jangan marah kalau nama kau teda di dalam. Saya pun mau tapi ndak buli kasi masuk 🙁

Jadi. Ini ialah 5 Orang Sabah yang siurang rasa ngam kena kasi masuk

Ipar ku Barrack Obama

Ini urang nama dia Dr Konrad Ng. Ndak tau macam mana urang tiba-tiba ter jumpa info paal dia ada kaitan sama Barrack Obama bekas Presiden Amerika. Dia ialah Pembantu Professor sana University of Hawaii in Manoa (UHM). Dia ni beipar sama si Barrack Obama. Kahwin dia sama adik si Barrack Obama namanya si Maya Soetoro. (Maya sama Barrack Obama lain bapa tapi sama Mama.) Si Konrad punya bapa asal dari Sandakan dan mamanya dari Kudat. Uiseh!

Obama Orang Sabah
Dr Konrad yang dukung anak sabalah kanan. Gambar dari The Star Online

Senator sana Australia

Nama dia Penny Wong. Sa-urang Senator. Macam nama yang biasa seja di dingar tapi actually dia ialah pemimpin / ketua pembangkang di dalam Senat Australia. Not bad oh kan? Asal dia dari KK. Bapa dia orang Cina dan mama dia ialah orang Eropah + Australia gitu. Masa umur 8 tahu lagi dia pindah sudah pigi Adelaide.

Penny Wong Orang Sabah
Senator Penny Wong bah yan! Gambar dari www.pennywong.com.au

Pop Star bah aku!

Ala.. si Che’Nelle bah. Pura-pura lagi ko. Ada juga poster nya tu di bilik mu hari-hari ko tinguk. Pudar sudah kali. Si Che’Nelle (bukan nama sebenar) ni asal dari KK juga. Nama penuh dia ialah Cheryline Ernestine Lim. Cina bapanya. Mamanya campur India sama Belanda. Suara dia tinggi sampai langit. Muka pun macam model. Dia pindah pigi Perth masa umur 10 tahun. Dia kena jumpa oleh DJ Sir Charles Dixon masa dia tinguk-tinguk MySpace si Che’Nelle. The rest is History lah bilang urang putih

 

Saya timbak rumah mu kalau ko macam-macam

Kebanyakan kita masa kicil selalu main-main perang-perang macam bawa jet betimbak sama kawan-kawan kan? Siap ada lagi efek-efek bunyi shhhiuuuuu…ghhhhhkrrrkkk.. du du du d ud udu du d ud udu du du du! du, bede bede bdeu bedu bedu! kalau betimbak kunun. Ini orang ndak payah pakai efek. Dia mimang bawa jet betul. Specialize handle MiG-29N Fighter Pilot! Dia juga adalah wanita Asia pertama jadi MiG FIghter Pilot! Cewek Sandakan nih. Nama dia si Patricia Yapp Syau Yin. Perempuan lagi! Major lagi pangkat. Nah kau. Dia sudah kahwin sama orang satu opis dia sudah.

patricia-yapp-orang-sabah
Gambar dari afterschool.my

 

Mari datang sulap saya

Dorang ni bukan orang. Tapi orang-orang. Sebab ramai durang ni satu group. Dorang punya salah satu founder awal ialah si Rizo Leong lah. Urang Ranau. Group dorang ni secara kolektif ada kurang lebih 15 urang gitu lah. Dorang punya art ni yang jenis banyak maksud tersirat dan tersurat. Bukan alang-alang sebab masa ada exhibition di KL untuk Escape from the SEA punya oleh Japan Foundation Kuala Lumpur, ada yang kompelin ndak tahan tinguk hasil dorang. Telampau macam ‘provokasi’ delang. Kasian. Yang pengomplen lah. Ko tau kah dorang sampai Tokyo tau buat pameran hasil seni dorang. ui bangga oh.

Seni ini kena panggil ‘woodcut print’ . Tu gambar di hasilkan dengan cara kasi kurik-kurik tu kayu supaya jadi macam lukisan. Biasanya bahagian yg tidak kena kurik tu yang kena kasi dakwat. Hasil seni ni adalah keluaran anak tempatan kita

Pangrok_Sulap
Gambar dari FB Pangrok Sulap

KK

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

2 Comments
    • KK

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *