Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

5 Cewek Kaki Fitness Sabah Yang kau mesti Follow di Instagram

Sejak dua menjak ni kalau kamurang tinguk atau alami sendiri, mesti kau akan nampak sekurang-kurang nya satu atau dua acara lari ka, martial art ka, yoga ka di laman sosial media dan dalam update tu mesti ada kawan kau terlibat. Ya revolusi fitness sudah melanda semua urang. Bukan saja Sabah tapi secara umum lah. Kenapa begitu oh? Makin tua kali semua? ha ha ha.

Tapi seriously makin naik umur lah kita patut lagi mau jaga kesihatan bah kan? Macam saya juga mau teruskan lagi sia punya climbing ni tahun (harap semangat kuat sama kawan-kawan ku ndak malas) dorang paham lah tu siapa diri diorang.

Bah kalau kau pun mau start kasi kempis perut, jangan harap tu kopi ajaib 3 in one pembakar lemak dalam masa satu jam sebagai harapan kau yang utama. Adaka duduk tinguk TV sambil makan atau minum jadi kurus. Minum racun rumput mungkin la. Itupun suda mati kembung perut tunggu lagi bebulan baru kurus lepas kena makan ulat kumbang segala. Kau mesti follow dorang ni. Saya pilih ni lima urang sebab saya rasa, ntah lah. Saya rasa macam mau bikin kupi lah.

1. Yoga
Instagram : chegucarol

 

CheguCarol
Bukan susah, tidak payah kaki pun

Ini che’gu bukan kau punya regular che’gu yang balik sekolah duduk tengok CSI di TV. “Not Your Ordinary Teacher” Kau masuk saja insta nya trus kau rasa ndak dapat benapas. Dia start sebagai beginner Yoga lama dulu masa di Kenigau kata blognya. Tapi kembali serius di tahun 2013. Macam aku pun mau be Yoga oh kalau macam ni. Macam bulih kurus jak ni. Jangan saja kau minum milo panas time kau tengok Instagramnya sebab kau akan tekejut bila tinguk pose-pose yoga dia macam “Padma Mayurasana” atau “Eka Pada Bakasana” yang nampak rumit dan agak mustahil bagi pembaca perut besar. Tapi itu tidak buli jadi alasan lah. Cuma kau mesti akan cakap Adui. Sakitnya tu di sini, sini sama sini…. Sini juga.

 

2. MMA (Mixed Martial Arts)
Instagram : annosman

 

Ann Osman
Mana kupi saya!

Kalau kau ada Astro atau Facebook mesti kau pernah tenampak muka dia ni sebab dia adalah wanita pertama untuk Malaysia yang menyertai MMA atau Mixed Martial Art ni secara profesional oh. Orijin ni MMA macam ada juga start masa zaman purba Greek la. Actually Greek punya fighting style itu musim ialah dipanggil “Pankration” (teingat pulak aku pankreas) Ann Osman ialah pemilik bisnis sendiri dan pada masa yang sama juga adalah seorang personal trainer. Kalau kamu mau loose weight ka atau ada azam baru mau sihat, ngam lah kau training sama Pro MMA Fighter ni. Tapi kalau kau ada dendam sama jiran kau dan kau mau pukul dia tapi sebab dia basar dari kau, I don’t think so lah dia akan bantu kau. MMA tidak mempromosikan keganasan tapi lebih kepada jati diri dan kawalan emosi yang tidak terhingga. (mungkin lah)

 

3. Personal Fitness
Instagram : emeldafitness

 

Emelda Vincent Fitness
Sepa suruh kau ndak mau saya dulu!

Gadis Kadazan yang berasal dari Kampung Limbanak, Penampang ini menetap di KL sudah bertahun-tahun. Nampak gaya hidup dia ni penuh dengan riang-ria. Sentiasa aktif. Kalau kau bejiran sama dia mesti buli dingar dia cuci kain awal pagi sambil nyanyi lagu 90’an yang upbeat macam lagu Cher ‘Believe’ ka atau Ace of Base ‘The Sign’ lol. Personal & Group Fitness Instructor debilang dalam profile pagenya. Ui. Ini bukan sembarang ni. Lagipun dia juga adalah NIKE Master Trainer (SEA) dan pada masa yang sama Swimming Coach dengan kombinasi pengalaman 15 tahun dalam industri fitness di Kuala Lumpur yang hujan panas ndak menentu ketika ini. Tahap dewa punya fitness nih! Dia juga ada buat free coaching / guide di emeldafitness.com. Ada juga ku try ikut video nya selama 2 minit. Trus sia buka beer rehat.

4. Running
Instagram : maslight

 

Maslight Orang Sabah
Bekos I’m hepiiii

OK. Ini special sikit. Full marathon runner nih. Tapi kalau kau tinguk photo-photo insta nya macam banyak makanan dari lari..ha ha ha. Tapi sia rasa mimang ngamla. Kalau ko sudah bakar banyak lemak dan belari banyak, apa pun kau buli makan! Kiut bah gambar insta dia semua. Ganjil-ganjil pun ada. “The Life of a Psychotic Weirdo” debilang di blognya. Tapi as you know, normally crazy people saja dapat crazy results betul kan?! Dulu dia ni gempal juga. Tapi bila dia sudah start regime larian dia naaa.. shopping dan makan trus jak ku tinguk ni.. ha ha. Kita patut ambil inspirasi dari dia ni. Kalau dia buli buat, mesti kau pun bulih. Lepas tu buli sudah makan banyak (sia suka tu)

5. Climbing
Instagram : mikayuki_jin

 

Beverly Tam Orang Sabah
Saya bersedia menjadi tauladan!

Ni pun lebih kurang macam si Maslight tu. Banyak gambar makanan sama shopping + fashion. Tapi mimang gitu lah tu sia rasa kalau kau kaki fitness, semua baju kau muat dan kau buli makan apa saja. Satu pencapaian yang memang satu Sabah mesti bangga sia rasa ialah Beverly ni sudah pass itu ARAA Assesment. Apa tu? ARAA ni ialah Austrlian Rope Access Association punya certification. Jadey apa lah ni? Ui kau pikir.. maksudnya dia ni officially adalah seorang rigger sudah. Mampu mengendalikan tali-tali, ikatan, knots, pasang safety harness segala dan buli naik turun bangunan tanpa tangga. OK mungkin saya exaggerate sikit. Tapi kalau kau mau info lebih lanjut try Google ‘Australian Rope Access Association‘, dan! Ya.. kemungkinan besar juga dia wanita pertama yang dapat ni certification di Sabah. Hebat kan orang Sabah!

Siapa lagi ko rasa patut ada di sini?

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

18 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
    • Kay Kastum
  9. AJ
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *