Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

5 benda yang selalunya di alami Orang Sabah yang di KL

Orang Sabah yang di KL memang banyak bah. Kerja kilang ada, kerja perintah, kerja pejabat, pulis, askar, binis sendiri, tattoo artist, penyangak pun ada dan macam-macam lagi. Tapi kalau Sabahan yang di KL ni macam ada ‘stereotype’ juga la kena chop dari pengalaman siurang di sini. So apa 5 benda yang selalunya di alami Orang Sabah yang di KL?

 

1 . Kena anggap mesti hebat berenang, buat api, survive di hutan

Pernah pigi hiking sama kawan-kawan satu kerja duuuulu. Sudah lah ndak kuat sukan masa tu, pinggang pun mau patah suda sebab tidak fit tu musim. sepanjang jalan kawan-kawan semua cakap dorang dingar cerita Orang Sabah semuanya biasa di hutan, hebat berenang sama kalau setakat buat api sama cari makanan mesti tiada masalah. Dalam hatiku kalau kita semua sesat, aku kali yang mateh duluan ni. Mau masak nasi pun hangus apa lagi buat api di utan?

kadazan
Mana satu pandai masak nasi?

2. Mesti bagus suara, buli nyanyi lagu pitch tinggi-tinggi

Selalu juga berlaku. Kalau pigi karaoke, kawan-kawan Malaya ni siap pilih lagu yang rock-rock la, high pitch la macam Mariah Carey ka… lepas tu assume kau buli nyayi hebat dan kasi pass tu  mikropon siap announce lagi “Ni Orang Sabah ni mesti pandai nyanyi hebat ni…”. Lepas tu pressure sebab semua urang tinguk dan tunggu part yang susah dalam tu lagu. Adui.

Kalau kau memang minat karaoke, sini ada BMB Karaoke System untuk kamu yang pentingkan kualiti karaoke system kamurang. Jangan lupa letak dalam emel bilang kamu kena rekomen oleh orangsabah.com Macam ada spesel price tu untuk subscribers sini

3. Kalau dari Sabah mesti orang Kadazan

Kalau kau dari Sabah, mesti kena cakap “oh you are what? Kadazan ah?” Maybe sebab dalam TV dan buku teks memang Sabah suda sinonim kali dengan kaum Kadazan. Kalau kau sebut “No lah, I’m Idahan” terus kau kena sebut 5 kali sampai betul sebutan dorang sebab indak pernah dingar.

4. Excited kalau ada kawan bawa balik makanan Sabah

Ya. Besanya kalau ada jak dingar kawan bawa Tuhau ka, ikan masin Kudat ka, Amplang ka, Lada Putih ka, Soto Bingkor ka, Lihing ka, Nasi Kuning ka, Kuih Cincin ka contoh nya ndak tenteram lah dia. Semua kawan-kawan mesti mau try. Sikit. Sikit..sikit. (15 orang Semua mau sikit)

makan_soto_bingkor
Party Soto Bingkor

5. Kena tanya Sabah sebelah mana tapi nama daerah kau dorang tidak pernah dingar

Ini biasalah. Maybe out of courtesy since kau sudah sebut Sabah, obviously apa dorang mau tanya lepas tu ialah “Sabah belah mane?” Kalau kau dari Kudat dan kampung kau ialah Kampung popot dan limpas pekan Sikuati, mangkali rancak juga cerita ataupun langsung tukar topik sebab dia makin kompius.

Kawan Semenanjung ku, saya masih kawan sama kau ah. Ini untuk tujuan keketawaan dan persefahaman. ha ha! Kamurang ada lagi pengalaman lain yang stay di KL / Semenanjung? Komen jak di bawah

||BONUS||: Kalau kena tau dari Sabah, trus kawan kau pun cuba cakap Sabah

Ha ha ini memang selalu. Maybe kawan mau kasi impress tentang kehebatan dia adapt kepada suasana. “Oh ngkau dari Sabah yeah? Sudah makan bah kau bah?” delang. Trus bepikir mau join teruskan becakap atau kasi sekolah dia pasal cara Sabah becakap? ha ha.

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

44 Comments
  1. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
  2. Avatar
    • Kay Kastum
      • Avatar
  3. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
      • Kay Kastum
    • Avatar
      • Kay Kastum
  4. Avatar
    • Kay Kastum
  5. Avatar
    • Kay Kastum
  6. Avatar
  7. Avatar
    • Kay Kastum
    • Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
    • Kay Kastum
  10. Avatar
  11. Avatar
    • Kay Kastum
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
    • Kay Kastum
  17. Avatar
  18. Avatar
  19. Avatar
  20. Avatar
  21. Avatar
  22. Avatar
  23. Avatar
    • Kay Kastum
  24. Avatar
  25. Avatar
    • Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *