Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

5 Aktiviti Wajib Kalau New Year di Sabah

Nda lama lagi kita mau menyambut kedatangan tahun 2015 sudah. Masih ada lagi ko punya hajat 2014 yang belum tercapai kah? Nda banyak masa sudah ni. Bagus ko capat-capatlah kasi salasai apa-apa yang perlu dikasi selesaikan. Apa-apa pun hari ni sia cuma mo berkongsi sedikit fakta mengenai urang Sabah yang sudah kita sedia maklum. Jum tingu apa 5 kejadian wajib untuk new year di Sabah.

01. Panggang-panggang

New year orang Sabah Stail
New year orang Sabah Stail

Inilah acara keminatan numbur satu urang Sabah. Dari yang muda sampai yang tua, semua pun gumbira ni kalau mo kana buat acara panggang memanggang ni. Mungkin disebabkan asalnya kita semua ni mimang ada darah pemburu bah. Biasa sudah nenek moyang kita salai-salai tu hasil buruan, atau barbeque dengan satu kampung untuk sama-sama enjoy tu hasil buruan. Kita yang sekarang ni pun terikut-ikut juga. Tapi mimang acara panggang-panggang ni satu kewajibanlah untuk tukar tahun. Ko tanya ja tu tauke kadai runcit. Diurang kasi stok tu banyak-banyak chicken wings sama arang just for tukar tahun.

02. Mandi Sungai/Laut

Urang tua-tua bilang untuk buang sial bah tu. Kasi bersih diri dari segala yang tidak baik pada tahun sebelumnya dan melangkah ke tahun baru dengan badan yang bersih, rambut yang harum dan gigi putih lagi bersih serta diperkuatkan lagi dengan vitamin B2 (menurut iklan jenama tertentu), haha. Kepada yang tinggal jauh dari sungai atau laut, terpaksalah kamu mandi shower ja di rumah. Macam mana pun, acara membersihkan diri untuk buang sial ni memang wajib juga tu untuk new year di Sabah.

03. Karaoke

Orang Sabah Karaoke
Orang Sabah be Karaoke

Kalau kamu ada baca tu artikel ‘Macam mana mau kenal urang Sabah’, maka ko pasti dan yakin lah bahawa acara karaoke tu adalah sesuatu acara yang mungkin wajib juga tu time keramaian di Sabah. Nda kisah lah kalau ko ada sound system yang canggih kah atau setakat gitar kapok dan dikelilingi ramai teman, apa yang penting ialah semua dapat menyanyi dengan gembira (atau ada yang melalak ja sumbangan diorang)! Kalau ko ada kesempatan untuk join salah satu sesi karaoke di Sabah, ko akan perasan juga tu diorang tanya “Apa kau lagu?”, haha.

04. Moginum

Orang Sabah Moginum
Orang Sabah OK seja bah

Walaupun ini bukan acara kegemaran sia, tapi ini mimang acara wajib juga kalau masa new year atau masa keramaian di Sabah secara amnya. Kalau dulu, acara monginum ni urang-urang selalu berkumpul di tajau, tunggu giliran untuk minum tapai. Tapi sekarang ni makin maju sudah urang Sabah. Semua pun main pegang tin masing-masing sudah. Tidak kira apa jenama, janji buli paning ok lah tu.

 

05. Balik Rumah Lambat atau Nda Balik Langsung

Kecuali kalau acara new year tu kena buat di rumah ko sendiri maka dengan segala empat poin di atas yang berlangsung secara serentak atau cuma sebahagian yang dilangsungkan, maka memang ko nda dapat awal balik rumah atau langsung tidak dapat balik rumah lah. Enjoy sampai ke pagi bah orang bilang.

Selain dari 5 benda di atas, apa lagi aktiviti lain yang biasa ko buat time new year di Sabah?

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

16 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
    • Kay Kastum
      • Avatar
      • Avatar
    • Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
    • Kay Kastum
  9. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *