10 Website untuk cari kerja kosong di Sabah
|Bah. Mau cari kerja kosong di Sabah?
Inilah masanya untuk sia berkongsi sedikit pangalaman sia mencari karaja di Sabah. Sia sangat faham perasaan seorang penanam anggur di Sabah. Terus terang sia katakan, mancari karaja di KK ni bukanlah sesenang yang sia harapkan. Sia pok mau jadi Social Media Executive tapi berapa banyak bah kampeni basar di KK yang mau peduli juga dengan jawatan sedemikian.
Walaubagaimanapun, berikut adalah website-website yang berguna untuk generasi social media yang macam siurang ni, untuk cari kerja kosong di Sabah. Kalau kompeni kamu perlu orang di bahagian-bahagian admin atau mimang mancari orang untuk mengurus sosial media mimang buli terus email saya ah *kenyit-kenyit mata*.
01. jobstreet.com.my
Dari dulu lagi sabalum sia masuk kolej (agak-agak sapuluh tahun yang lalu), inilah website yang paling femes sekali untuk dilawati penanam-penanam anggur sekalian. Sampai ko buli lagi nampak nama dia kana lakat di buntut-buntut teksi semua. Mimang bapa segala tampat mencari karaja online. Banyak betul sa apply-apply di sini, tapi inda da yang sangkut T_T

02. sabahjobcenter.com
Syukur lah nak! Ada juga wesite yang khas untuk negara Sabah ja. Walaupun ada sedikit dia punya sistem yang sia nda brapa berkenan tapi apa yang penting ialah isi-isi di dalam bah kan… yang panting buli nampak di mana yang ada karaja kusung. Kanapa la bah kalau sa takan enter selepas kasi masuk password sia dia nda mau load… mau juga konon sa gerak mouse pi takan tu “Sign In” baru dia mo load.
03. maukerja.my
Siapa yang mencari karaja nda mau kerja kan? Ini pun buli tahan juga senarai karaja di Sabah dia. Ada juga sa tertipu dengan satu iklan dia (sa rasalah). Bilang mancari pekerja, tapi sakali sia cuba pi opis dia, nda wujud pula tu kampeni. Trus sia cuba mencari butang komplen tapi inda ada pula…
04. jobcity.my
Ada juga orang yang suka post di sini dan nda mau post di tampat-tampat femes yang lain. Percuma kali untuk post iklan di sini. Tapi walau apa pun, kita sebagai penanam anggur mimang nda kisah lah post percuma kah atau tidak… yang penting siurang buli dapat cari karaja then puas hati sudah kio!
05. kerjakosong.my
Inilah website yang paling bijak sakali sia rasa. Dia main ambil-ambil ja iklan-iklan dari website lain. Kalau ko mo tingu butiran tu karaja, jangan ko klik nama tu karaja, ko klik tu “Klik untuk Apply Kerja!”. Macam rojak jugalah sia nampak sikit tapi kalau mau kecepatan dan kesanangan yang segera, mimang ngam lah ko malawat ini tampat.
06. Sabah.gov.my
Ekceli kalau ko masuk sini bagus lagi ko terus pi sabahjobcenter.com. Tapi sia mau kamurang tingu tu hasil tinjauan bah.

07. jenjobs.com
Bukan tiada, tapi sikit bah.
08. mudah.my
Mula-mula ja cari karaja. Lapas tu mulai lah tu tinjau-tinjau harga barang second hand yang angan-angan mo beli lapas dapat karaja nanti.
09. careerjet.com.my
Lebih kurang ja macam jobcity. Kompilasi-kompilasi karaja dari segenap website yang ada. Cuma interface dia lagi kamas lah.
10. indeed.com.my
Ini sia saja sebut untuk bikin kasi lebih-lebih sanarai sia. Tapi mimang buli cari karaja juga di ini tampat.
Bonus: parttimepost.com
Walaupun dis cakap part time tapi ekteli ada juga full time post di sini. Both emplyer sama employee pun buli join ini. Website dia pun kiut. Sa suka!

uii,,paling manang la,ni kali la baru sia jumpa web paling siok. baik dari perkongsian mahu pun lawak. bah. macam sia mau baca balik lagi 1 kali.
Tengkiu! Semuga kau sentiasa gembira dan dapat untung di sini!
Dear Admin,
FYI, Neuvoo – Job Search Engines from Canada is available in Malaysia now. The list of jobs in Malaysia is always being updated. We can also search using another region, city, state, industry, etc., and find all relevant jobs.
Thank you.
Thanks for dropping by!
yang penting halal punya kerja
Butul tu apa ko cakap
haloo… Bule try juga ni. sabah jobhunt mana la tau ada sangkut. http://www.sabahjobhunt.com
saya mau tambah buli ka ?
Komen seja, bagi siurang tinguk. Thank you!
neuvoo pun buli cari kerja
yang numbur 8 butul2 lucu..terasa jugalah saya time msih g jd petani kebun anggur…haha
Bah ngamlh nie.. Ada laman tmpt cari krja.. X tahan sudah nie, tanam anggur sja hri2..
X apa klau ada hasil.. Hehe..
Hahaha.. lucu2 jg ni ayat kau 😂 terhibur membaca .. terus habis baca oh 😆 .. 2 in 1 ,dpt info + hiburan jg ni .. Keep it up! Thanks👍
Jobsmalaysia lagi terbaru