Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

10 Terek Yang Selalu Urang Cuba Kasi Kana Time April Fool’s Day

Nda pastilah kamurang ni pernah kana terek kah atau tidak masa April Fool’s Day. Mungkin bukan budaya kita untuk kasi prank orang lain tapi yang hairan dia, hampir setiap tahun juga dari zaman sekolah lagi, ada ja orang yang mau cuba kasi terek sa bah. So di sini, sa cuma ingin berkongsi 10 terek yang biasa orang akan cuba kasi kana kamurang masa April Fool’s Day nanti.

Bukan Budak Sabah

01. Cikgu mau jumpa kau

Sa rasa inilah terek paling awal yang sia takana time April Fool’s Day masa zaman sekolah rendah dulu. Sampai ja sa di sekolah, belum lagi masuk kelas, sudah ada kawan-kawan yang datang tegur sa. Diurang bilang: “cikgu anu mau jumpa di bilik guru. Macam marah tu cikgu”. Punya main bagagar jantung sa mau pigi bilik guru. Sakali nah sa masuk bilik… bunyi cengkerik ja sa dingar mah! Krik… krik… satu makhluk pun tiada di bilik guru. Time tu belum lagi sa sedar kana kasi main-main. Sa balik lagi kunun pi tampat diurang minta kepastian di mana tu cikgu mau jumpa. Terus diurang katawa terbahak-bahak mah. -_-”

 

02. Si anu bilang dia suka kau

Oh yes. Masa inilah juga paling siuk mo kasi main-main perasaan kawan ko yang ko tau ada pendam perasaan sama siapa-siapa. Mungkin ada sedikit kejam, tapi tahap kelucuan dia bila nampak kawan ko prasan pun buli tahan juga.

“Ui Chiaming… Si anu yang ko minat tu… dia bilang dia pun suka kau”.

“AH BATUL BAH?!”.

Terus kana katawa haha.

 

03. Mami bilang kasi habis lah tu lauk

Kalau ko ada ramai adik beradik mimang ini perkara biasalah. Mami sudah masak sedia untuk semua orang dan ko cari yang paling rangkak sekali, terus ko bilang: “Mami bilang kasi habis ja tu lauk. Yang lain kanyang sudah tu kunun”. Sakali mami mengamuk, time tu la ko katawa barabis juga, haha. Jangan lupa pula terus lari lepas tu, sebab ko tu yang kana cari juga nanti xD

 

04. Cuba ko tarik jari sa. Sakit oh.

“Aduh… sakit pula jari sa ni. Cuba ko tolong tarik dulu”.

*Tarik jari*

PUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT *bunyi kantut*

HAHAHAHAHA

//

 

05. Sedapnya ni makanan!

Ini pun taktik untuk perangkap kawan ko yang rangkak juga ni. Cuba ko tapau tu jaruk mangga kah atau jaruk papaya, terus ko kasi bida tu rasa dia; ko kasi campur pasir sikit kah… Dungot kah… ok ewww… (kalau ko mo ekstrem punya kelucuan ko harus campur sesuatu yang ekstrem juga). Terus ko pancing lah tu kawan ko yang rangkak. Ko pura-pura macam sedang kasadapan makan, terus ko tunggu dia minta makanan ko. Atau ko bilang ko ada beli extra kunun, terus ko bagi dia tu makanan yang ko sudah campur “perasa tambahan”, hehe. Wait and enjoy the show.

 

06. Ni hari cuti lah!

Kalau ada orang yang kasi kana sa ni terek; cuti atau tidak, tetap sa cuti juga tu. Terus nanti sa tuduh ja kamurang yang kasi terek sa sampaikan sa nda pi sekolah/kerja. Haha, yang ku kesah adalah dapat rehat extra satu hari gara-gara kana terek April Fool’s Day.

 

07. Nah untuk kau

Paling basic punya ni. Ko kasi sedia ja kotak kosong, terus ko bagi seseorang yang kuat mengharap, haha. Atau kalau mo lagi hebat, ko simpan taik lah dalam tu kotak kosong. Atau replika kapala yang kana putung kah… uina!

 

08. Biar sa tulung kau bali

Kalau time sikula dulu, sia biasa menawarkan diri untuk tolong budak lain mambali makanan di kantin. Sia siap minta upah lagi sebab panat bah tu berbaris untuk mambali makanan. Kalau yang minta tolong beli mi sup lagi, nah kau, panas bah tu. Tapi kalau time April Fool’s Day, mimang sa offer juga pi tolong mambali, tapi jan haraplah sa balik dengan makanan kamurang, hahahaha. Om nom nom. ^^v

 

09. *Bahu kena tepuk dari belakang*

*Tepuk bahu dari belakang*

*Kawan pusing kapala*

*Cucuk pipi guna jari telunjuk*

*Membubut*

*Lari*

 

10. I LOVE YOU!

Okay all you single ladies (and guys). Inilah saat-saat yang kamurang nantikan selama berjuta tahun sudah. Saat untuk meluahkan perasaan sama orang yang kamu sudah lama minat tapi inda berani kasi tau sebab takut kana tampar reject. Inilah saat keramat yang kamu perlu betul-betul hargai sebab ko tidak akan dapat peluang sebegini lagi nanti. Ko kumpul dulu semangat Kinabalu ko, kasi berani dulu diri ko sendiri. Terus ko pigi dapan orang yang ko sudah lama minat tu dan ko LUAH TERUS: “(anu), I LOVE YOU!”. Kalau dia simpati mimang ada hati sama kau, dia terimalah cinta kau. Tapi kalau dia memang tiada perasaan sama ko, sebelum dia sempat cakap apa-apa terus ko teriak “APRIL FOOL!” dan ko terus lari macam mau terbirak sudah.

Kamurang ada tau apa-apa terek lagi yang siurang buli cuba kasi kana sama orang lain nanti?

 

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

3 Comments
  1. Avatar
    • Kay Kastum
  2. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *