Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

10 Hadiah Krismas Yang Bikin Panas Untuk Gift Exchange

Nah mau Krismas sama tukar tahun sudah kita nda lama lagi. Macam biasalah kalau urang Sabah ni… mesti ada Family Day kah… Family Reunion kah… Gathering kah… atau perhimpunan yang sewaktu dengannya. Yang penting, aramaitih! So, salah satu aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan untuk acara berkumpul ramai-ramai ni, sudah semestinya gift exchange atau sesi bertukar-tukar hadiah antara semua yang hadir. Ada yang buat stail secret Santa lah, ada yang main cabut nombor lah, tapi selalunya mesti ada ja urang bawa hadiah yang bikin panas untuk bertukar sama urang-urang lain. Jom tingu apakah 10 hadiah yang teruk betul orang bawa untuk gift exchange di musim perayaan ni. So mari tinguk:

 

10 Hadiah Krismas Yang Bikin Panas Untuk Gift Exchange!

01. Santut dan yang sewaktu dengannya

Santut dulu-dulu
Santut dulu-dulu

Ya bah. Santut bah… itu underwear. Itu spender! Kecuali kalau ko mimang beli untuk kekasih sendiri kan, sia mimang tidak rekomen ko beli santut, bra, langerie untuk gift exchange sama kawan-kawan atau family member yang lain lah. Kalau salah saiz macam mana?! Lagipun bukan semua urang suka kana tau apa spender yang diorang pakai kan.. KAN?! Talampau personal juga bah sia rasa ni barang.

 

02. Duit

Adui nah… sudah kena bilang bawa hadiah, ko bawa lah bah hadiah. Bukan bagi ang pau untuk menyuruh orang pigi beli sendiri lagi. Paling sedih kalau sudah kena set harga minimum untuk hadiah yang perlu dibeli dan itu jugalah jumlah yang ko kasi sisip dalam ang pau, sedih ni. Paling sia nda kisah kalau ko bagi cash RM1,000 kah begitu, hehe.

 

03. Peralatan Menulis

Stapler
Stapler Hebat

Kalau semua masih student mangkali masih boleh terima pakai lagi tu idea mo bagi peralatan menulis (atau gathering yang melibatkan semua budak seni kah). Tapi kalau semua sudah bujangan, sudah kahwin yang beranak pinak kah… apalah kami mo buat sama tu set peralatan menulis? Kami pun buli beli sendiri bah. Lagipun ko bagi banyak-banyak bukan kami dapat guna semua juga. Nah… kecuali kalau ko bagi tu pen John Hancock yang original dengan doa supaya dapat guna sign cek juta-juta kah nanti. Fuh… hadiah paling mantap lah tu.

 

04. Kupon Potongan Harga atau Buy 1 Free 1

Kalau ngam ngam takana sama urang yang mimang kuat shopping, mungkin buli kana terima lagi. Tapi kalau takana sama urang yang macam sia ni, yang nda berapa minat mo boros berbelanja, bagus ko simpan balik sajalah, haha. Boring bah dapat hadiah macam ni yang ko kena berbelanja lebih lagi untuk enjoy. Paling senang cerita, mungkin sa bagi orang lain yang berminat dengan tu kupon juga tu. Tapi kalau kadapatan sama yang tukang bagi mula-mula tu… mungkin terguris juga sikit hati dia, haha.

 

05. Barangan Terpakai

Kasut Adidas Kampung
Kasut Adidas Kampung

Ya ampun… cubalah tunjukkan sedikit keikhlasan bah mo bagi hadiah tu. Jangan la bah ko bungkus balik baju terpakai ko kah atau selipar jipun terpakai ko kah untuk gift exchange. Walaupun ekonomi kurang baik sekarang tapi jangan la bah harap orang lain untuk guna balik barangan terpakai ko. Erm… kecuali brangan elektronik macam iPhone 6+ ko kah… atau proton Iriz ko yang sudah habis bayar ccm kah… mangkali itu semua masih buli kena terima lagi. Yang lain tu, bagus ko simpan balik lah atau kasi derma saja untuk kebajikan bah. Jangan bah kasi tunjuk kekedekutan ko tu di gathering.

 

06. Barang-barang Harian

Barang-barang harian ni macam tisu, ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, gel rambut atau yang sewaktu dengannya. Barang-barang macam ni selalunya kami buli beli sendiri bah. Lagipun kami mimang sudah ada jenama yang kami mimang sudah suka dan nda mau tukar-tukar lagi. Lagipun barang-barang camni bukan buli simpan lama-lama pun. Urang mau hadiah yang buli dibuat kenangan. Itu tisu sia guna lap taik ja terus kena flush, mana ada kenangan lagi yang tinggal.

 

Ko mo tau macam mana lagu White Christmas kalau translate direct pakai Google Translate? Tinguk Krismas Putih

 

07. Makanan

Keropok Bah
Kerupuk

Ohmaigad… sa tau lah urang Sabah ni mimang kuat makan. Tapi kalo ko bagi hadiah serunding Tuhau, berapa lama lah buli tahan tu barang? Kalau sia, mangkali nda sampai satu minggu tu sudah sia kasi sapsai semua tu serunding Tuhau. Mungkin sia terpaksa lagi barabut sama mummy sia. Mungkin kalau ko bagi buku resipi, sia buli terima lagi. Tapi jangan la bah ko bagi makanan bah. Kalau pastry yang kena bagi, sia gerenti mimang habis juga tu on the spot kana bagi-bagi sama semua yang hadir.

 

08. Hadiah Yang Setakat Mo Kasi Kena Urang Ja

Kamu pernah tingu tu rancangan tv ?Just For Laugh? kah? Yang karaja diurang mimang mo kasi kena urang lain ja untuk di kasi ketawakan. Nah kalau itu mimang misi kamu punya hadia untuk gift exchange, bagus ko simpan balik lah tu hadiah sebelum ada urang simpan dendam sama ko. Lagipun apa tu urang mo buat sama ko punya hadiah selepas dia sendiri sudah kana prank oleh hadiah ko?

 

09. Penimbang Berat

Penimbang Berat
Penimbang Berat Yang Kiut

Okay… mungkin ko sedang melalui satu fasa dalam kehidupan, yang ko rasa menjaga kesihatan tu penting dan ko sedang berusaha untuk kasi kurang lamak di badan. Terus ko rasa penimbang berat tu mimang kawan baik ko lah di dunia, especially kalau ada pengurangan tu angka (kalau bertambah tu angka, mangkali ko hampas juga tu timbangan kan, haha), tapi bukan semua orang suka tu timbangan tu. Kalau urang sihat yang dapat tu timbangan, apa lah diurang mau buat sama tu timbangan? Kumpul habuk dibawah katil diurang ja tu kali. Kalau yang basar pula dapat… mungkin terguris sikit jugalah hati diurang, haha.

 

10. Semua Jenis Pewangi

Sia mimang suka bilik sia bau lavender, tapi bukan bermaksud sia suka perfume badan sa pun bau lavender, juga bukan bermaksud semua urang pun suka bau lavender macam sia. So, moral disebalik cerita ini adik-adik, kalau boleh, elakkan dari membeli pewangi sebagai hadiah untuk gift exchange. Kalau ada yang alergik sama tu pewangi yang ko bagi nanti… Nah. Nda ko keciwa kah?

 

Jadey..kau pernah?

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

22 Comments
  1. PikaBoo
    • Kay Kastum
    • Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *