Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

10 benda kau buli bikin di KL kalau tidak dapat balik Kaamatan

Ada banyak budak Sabah yang tidak dapat balik Sabah time Kaamatan bulan lima. Banyak lah sebab dia. Teda duit, tidak dapat cuti atau tiada tikit ka atau mungkin juga sebab kawin (di KL) ha ha. Jadey? Apa lah mau bikin time di KL kalau ndak dapat balik Kaamatan? Siurang tulung kau kasi kau list di bawah. walaupun ini bukan penawar tapi sekurang-kurang nya kau dapat kasi lupa diorang di Sabah sikijap yang sememang nya tengah aramai tih ketawa-ketawa nyanyi-nyanyi kambai-kambai sementara kau di KL lugai-lugai lol!

1. Pigi Zoo Negara

Siurang rasa sana masih ada tu babi hutan tu. Bila sampai seksyen babi hutan sana, buli lah kau luahkan perasaan kau sama dia. ini bagus sebab bukan dia buli respon sama kau. Dia tidak bulih menguluk atau kasi jatuh maruah kau. cuma kalau ada urang nampak kau, jatuh juga lah maruah apa lagi kena tau kau Orang Sabah. Dingar-dingar sana ada KFC lagi masih tu.

2. Lawat Kah Hiong Ngiu Chap sana Puchong

At least terasa juga macam di Sabah sikit lah. Tapi bersedia bayar double dari price di Sabah. Tapi sakit-sakit bayar harga dia, sakit lagi bah tidak dapat pulang.. anduuu Nah info dia

3. Bangun lambat, tidur menyiring tengok Facebook update di fon

Mungkin susah mau bangun sebab perasaan rindu yang kuat. Ndak pa. Tidak payah la bangun masa 30 haribulan lima tu. cucuk tu charger cable di fon kau, kasi refresh la balik-balik tu Facebook timeline kau. Pigi like dan komen semua posting kawan-kawan supaya dorang tau betapa sebaknya hati kau ketika ini

Sedih Tidak Dapat Balik Kaamatan
Sakitnya tuh di sana KL

4. Pigi sambayang

Bagi penganut agama Kristian Sabahan di KL apa lagi. ini lah masanya kau cuba mendekati Nya. Pigi gereja dan derma lah banyak sikit daripada yang kau selalu kasi. Join choir ka. Ntah la. Apa saja supaya hati kau tenang.

5. Cuci cadar

Yang bujang-bujang tu apa lagi. meamng banyak tu yang ndak cuci cadar betahun sudah. Fokus kesedihan kau kepada pembersihan cadar. Mana tau dia menular kepada pembersihan bilik juga?

6. Gunting rambut

Biasanya perempuan kalau sedih selalunya tukar fashion. Macam rambut ka, shopping baju baru ka etc. Kalau kau lelaki nah pigi gunting rambut kau. Lagi besar perubahan lagi bagus. Biar semua urang tau betapa sakitnya tu hati mu

7. Tulis lagu

This is Kaamatan” pun mimang dicipta masa si penulis dia tengah sedih-sedih ndak dapat balik Sabah beraramai tih sama keluarga sama cewek-cewek di Sabah time tu. Kau cuba lah. Biarlah lirik dia macam mana pun. Ini pun macam terapi juga ni.

8. Yang Macam di KK

Bah. Kalau sedih berabis begini lah. Pigi kau tinguk ni list “Tempat Karaoke sama Aramai tih di KL sama PJ yang kau mau try” bekumpul sama-sama Orang Sabah yang senasib sama kau mungkin akan bikin hilang sedih. Tapi jangan minum dan tatidur di luar kadai urang ah. Kalau kau mau buat begitu, make sure jangan pakai t-shirt yang tulis “Saya Orang Sabah” ka apa kah…. ha ha

Note: Tajuk sepuluh tapi lapan seja sebab talampau sedih. Penulis sendiri pun tidak dapat balik Sabah ni tahun…

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *